Kaki Wayang: Kabali

Kabali
Sebagai peminat filem tegar, aku hari ini menonton filem Tamil meletup lakonan Super Star Rajnikath iaitu Kabali.

Kabali 80% difilemkan di Malaysia mengisarkan Kabali gangster dari geng 00 yang telah dipenjara 25 tahun atas kesalahan jenayah.

Keluarganya di bunuh oleh Tony Pua dari geng 43 serta pengkhianat dari ahlinya sendiri.

Dari filem ini bermulalah babak Kabali cuba menewaskan Tony Pua serta pengkhianat bangsanya yang cuba membunuhnya.

Selain itu usaha mencari isterinya telah membawa perjalanan cerita ini ke Thailand dan India.

Cerita ini ranking oleh kaki wayang ialah 4/5. Aksinya yang bersahaja serta gaya Rajnikath memang terbaik. Itulah salah satu sebab aku hendak menonton filem Kabali ini.

Walaupun dah tua tapi tubuhnya masih sado...hehehehe. Cara berlawan Kabali memang lain dari yang lain, ganas dan tiada perkemanusiaan sesuai dengam watak gangster geng 00 kepimpinannya.

Aku menangis sikit apabila melihat pertemuan Kabali dengan isterinya yang berpisah selama 25 tahun di temukan kembali. Sedih ohhhh!!

Babak-babak dalam filem ini juga menceritakan permulaan bagaimana Kabali menjadi gangster serta kasih sayang Kabali kepada isterinya.

Babak terakhir adalah babak klimaks pergaduhan maksimum geng 00 dan 43 yang memperlihatkan lakonan Rosyam Noor sebagai orang kanan Tony Pua. Banyak juga babak yang dilakonkan oleh Rosyam Noor...Terbaik!!!!

Dalam filem ini ayat popular ialah Magizhchi iaitu bagus. Itu aku hairan apahal kat dalam facebook ada ayat ini rupanya ini trend mark Kabali... Faham sahaja jer gaya Rajnikath bila menyebut ayat trend mark pasti menjadi ikutan.

Kabali

Aku cadangkan menonton filem ini, memang terbaik dan paling penting ia difilemkan di Malaysia serta ramai pelakon kita yang berlakon dalam filem ini..

Dalam sehari filem ini telah mengaut 400 chore di seluruh dunia dan tidak disalahkan filem India Kabali ini kini merupakan filem terletup di dunia..

Aku kasi 4/5 kerana aku bandingkan teknik perfileman Kabali dengan filem barat memang berbeza. Aku tahu trend mark filem lakonan Rajnikath memang berbeza..

Tapi aku kena ambil standard yang mengambil kira aksi, cinematografi serta jalan cerita.

Share:

0 comments