Header Ads

Perbezaan KWSP Simpanan Shariah Dan Konvensional


Cerita terhebat minggu ini dimana KWSP telah melaksanakan skim baru dan bersifat islamik iaitu Simpanan Shariah yang boleh bersifat pilihan samada mahu teruslah cara Konvensional atau Shariah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan baharunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan, kepada ahli-ahlinya pada 8 Ogos, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata KWSP memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.

"Ahli-ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional, kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari mereka.

"Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril Ridza berkata penglibatan KWSP dalam pelaburan Islamik bukan perkara baharu kerana lebih 45 peratus, atau RM295 bilion, daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah patuh Syariah.

"Di masa hadapan, kami menjangka mengembangkan pelaburan aset Syariah kami tidak kurang daripada RM25 bilion setahun secara purata atau seiring dengan kenaikan jumlah aset bagi mengekalkan minimum 45 peratus aset Syariah," katanya.

Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.

"Sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.

"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Shariah yang ditadbir dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.

Simpanan Shariah KWSP merupakan pilihan simpanan baharu untuk ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan ditadbir berdasarkan prinsip Syariah.

Berdasarkan kepada keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan pilihan untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diuruskan berdasarkan prinsip Syariah.

Pada taklimat media hari ini, Shahril berkata bahagian seterusnya pilihan Simpanan Shariah itu akan dibuka tahun depan dan saiz dananya dijangka ditentukan oleh permintaan sebenar tahun ini dan ketersediaan dana.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk menentukan saiz dana. Bagi tahun ini, kami merasakan peruntukan RM100 bilion itu mencukupi untuk menampung permintaan.

"Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika mereka (ahli KWSP) tidak berjaya mendapatkan bahagian pertama, mereka secara automatik akan berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan," katanya

No comments