Header Ads

Rosmah Bersandar Manja Di Dada Sultan Pahang?

Rosmah Bersandar Manja Di Dada Sultan Pahang?
Politik ini memang kotor dan hanya mereka yang berhati cekal boleh mengharungi politik khususnya politik Malaysia.

Dalam politik sudah pasti terdapat musuh dan kawan tetapi jika menfitnah amatlah memalukan dan dosa dalam mana-mana agama di dunia ini.

Kelakar betul bila ada statement yang mengatakan Rosmah bersandar manja di dada Sultan Pahang di khalayak ramai sambil suaminya memerhati dengan senyuman manis...hahahahhaa.

Dan paling banggang, ada yang bulat-bulat percaya dan paling best ikut sama viralkan berita palsu ini.
Inilah sifat manusia zaman akhir ini yang suka publisiti walaupun ia akan menghancurkan seseorang itu.

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menjadi mangsa fitnah melalui penyebaran gambar menunjukkan beliau seakan-akan bersandar di dada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Pegawai Rosmah, Rizal Mansor menyangkal perkara itu dengan mengeluarkan sekeping gambar daripada sisi lain.

Rizal menggambarkan terdapat manipulasi sudut kamera menyebabkan Rosmah kelihatan berdiri terlalu rapat dengan sultan.

Daripada gambar itu, Rosmah sebenarnya berteleku di sebuah kereta di sebelah sultan Pahang dan tidak seperti digambarkan.

“Sekarang pak cik keluarkan gambar dari sudut lain. Kau orang tengoklah sendiri,” tulis Rizal di Facebook.

Datuk Seri Najib Razak turut sama dalam acara yang menyaksikan beliau dan isteri berpakaian sedondon kuning itu.

Ketika gambar itu diambil, kelihatan ramai orang berkerumun mereka.

Tidak dinyatakan gambar itu diambil dalam acara apa.

Bagaimanapun, ia mungkin rumah terbuka raya puasa di Pekan, kawasan parlimen Najib, semalam.

Kira-kira 50,000 tetamu dilapor menghadiri majlis berkenaan manakala Sultan Pahang turut berangkat bersama sultanah, tengku mahkota dan anggota keluarga baginda.

Rosmah Bersandar Manja Di Dada Sultan Pahang?

No comments