Header Ads

Sate Kajang Tak Sesedap Dahulu

Sate Kajang


Tempoh hari selepas pulang majlis perkahwinan sepupu aku di Kajang, kami singgah ke Sate Kajang iaitu makanan paling popular di seluruh Malaysia.

Kalau ke Kajang wajib makan Sate Kajang, Kami pun memang mahu ke Sate Kajang sebab adik ipar aku mengidam nak makan Sate Kajang. Orang mengandung ini kalau mengidam wajib kita belikan tapi janganlah yang bukan-bukan minta...hehehehehe.

Kawasan restoran Sate Kajang di Kajang ini memang unik dan besar. Keselesaan amat di titiberatkan oleh pemiliknya serta ia juga mempunyai gerai menjual cenderamata.

Cara memesan makanan sama macam di KFC atau Mc Donald iaitu anda kena pergi kaunter dan pesan makanan melalui menu yang disediakan. Bayaran dilakukan di sana dan nanti pelayan akan hantar makanan kepada anda.

Setelah makanan sampai iaitu Sate Kajang sebagai menu utama serta beberapa makanan yang lain. Kami agak kecewa sebab Sate Kajang yang disediakan tidak menepati apa yang kami fikirkan.

Perbezaan besar ialah saiz Sate Kajang trademarknya iaitu bersaiz besar kini kecil sahaja. Aku boleh dapatkan mana-mana satay di Melaka dengan saiz sedemikian. Kecewa sangat apabila satay yang kami pesan biasa-biasa sahaja.

Lagi satu, disebabkan minda kami ingatkan Sate Kajang bersaiz besar macam dahulu, kami pesan hanya sedikit sahaja. Nasib baik ada makanan lain yang boleh dikunyah...hehehehehe.

Walau baagaimanapun Sate Kajang tetap sedap bila dicecah dengan kuah kacangnya. Cuma kami kecewa sebab Sate Kajang bukanlah Sate Kajang seperti dahulu.....

No comments