TESCO Bakal Meninggalkan Malaysia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

TESCO Bakal Meninggalkan Malaysia


TESCO Bakal Meninggalkan Malaysia
Tesco bakal meninggalkan Malaysia menyusul seperti Pasaraya Carrefour yang meninggalkan Malaysia pada 2012.

Disebabkan faktor ekonomi Malaysia yang tidak beberapa memberangsangkan kebelakangan ini dan cukai kerajaan yang semakin meningkat. Tesco Store Malaysia mengambil inisiatif VSS & MSS secara berperingkat-peringkat bermula dari Ibu Pejabat Utama (HQ) pada awal tahun ini dan pada peringkat Cawangan Setor yang telah dilaksanakan pada 23hb Ogos yang lalu.

Tesco Store Malaysia Sdn Bhd yang dahulunya syarikat bersekutu Sime Darby Sdn Bhd sedang berbincang dengan beberapa syarikat peruncitan di negara ini tentang pembidaan jualan Setor-Setor Tesco di Malaysia.

Pembidaan tersebut akan mengikut beberapa kategori setor yang berukuran Saiz 10K sehinggalah 3K. Untuk setakat ini telah ada beberapa setor di Zon Utara telah di jual kepada pembida namun ianya masih dirahsiakan berkenaan cawangan setor yang telah dijual.

Untuk Tesco Express masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat kedai runcit 24jam yang terkemuka di Malaysia dan sebuah lagi dari badan koprat peruncit Angkatan Tentera Malaysia (PERNAMA) tentang pembidaan cawangan Ekspress tersebut.

Perancangan penstrukturan organisasi baharu yang dilakukan baru-baru ini adalah dalam peringkat pemantauan untuk melihat sama ada ianya mampu dilaksanakan oleh kakitangan dengan jumlah tenaga kerja yang semakin dikurangkan. Sekiranya ianya masih utuh bertahan, setor-setor yang berpotensi akan terus beroperasi sehingga diberitahu notis selanjutnya, manakala setor yang tiada potensi akan di buka untuk pembidaan kepada pesaing.

Keputusan penilaian setor-setor yang berpotensi dan tidak berpotensi akan dibentangkan pada hujung tahun ini. Tesco Setor Malaysia mungkin bakal meninggalkan Malaysia selepas memperoleh keputusan pembentangan tahun kewangan yang selalunya dilakukan pada awal bulan Mac.
Sekian, Terima Kasih.

_Jurucakap Dalaman Komersial_
*Tesco Store Malaysia Sdn Bhd*

No comments: