Header Ads

2 Juta Dekoder Percuma MyTV


Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

Copy link sini memeriksa samada anda terpilih:
http://mytvbroadcasting.my/phase2/index.php

Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.

"Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik, katanya kepada pemberita selepas seminar Label Pengguna Alat 8Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini.

Apakah itu DTT?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off (ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020.

Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder.

Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

No comments