Header Ads

Atlet Paranormal Dapat Insentif 30% Dari Atlet Normal


Kemenangan 3 emas Sukan Paralimpik di Rio telah membuka mata semua pihak bahawa atlit kurang upaya mampu menjulang nama Malaysia walau pun mereka dianggap sebagai pinggiran sahaja.

Perkara ini difahami oleh KJ tiga tahun lalu dan benarlah bahawa mereka semua adalah sama. Apa bezanya mereka dengam kita. Mereka mengharumkan negara Malaysia..betulkan...


Luahan Hati KJ:
Kata-kata KJ menidakkan insentif 30% Insentif Atlet Paranormal Dari Atlet Normal..Terbaik KJ.

Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada. "Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para." Saya tanya kurang berapa. "Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."

Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya. "Paralimpik ini baharu." "Acara mereka tak ramai penyertaan." "Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang." Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.

Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris. "Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.

Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!

No comments