Clash Royale Strategi Psikologi Terbalik Untuk Menang - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Clash Royale Strategi Psikologi Terbalik Untuk Menang

Clash Royale
Sudah berbulan aku bermain dengan Clash Royale ini. Peningkatan ada tapi terlalu perlahan. Sekarang ini menghadapi masalah hendak ke Arena 7.

Untuk memasuki Clash Royale arena 7, trophy anda haruslah mencecah 2000 trophy tapi setiap kali hampir mencecah ke 1900 pasti kecundang.

Pelbagai deck aku gunakan malah kajian internet tentang deck yang terbaik pun sudah aku buat. Ada peningkatan tapi seperti aku katakan terlalu perlahan.

Melalui pemerhatian aku, kebanyakkan kita kerap kecundang bukanlah sebab kita tak pandai. Strategi semua dalam tangan.

Sebagai contoh kalau guna Giant kita gabung dengan wizard atau spear goblin. Tapi pastikan letak kat belakang Giant kerana pihak musuh akan serang Giant tanpa peduli askar kau dibelakang.

Nak bunuh Prince, Giant, Hog, kita pun tahu iaitu guna army skeleton. Kejap ajer troop yang exilir mahal ini mati. Dan naj hapuskan army skeleton kita guna arrow atau zap...setel masalah.

Kita faham setiap kelemahan dan strategi askar yang kita guna tapi masih jua kalah.

SEBABNYA:
1. Perbezaan antara semua pemain adalah level anda. Jika anda pergi ke Arena 6, anda akan menghadapi pihak lawan level 8 atau 9. Kejap jer kau kalah.

2. Peningkatan level anda bermaksud, askar kau juga akan mempunyai level yang tinggi. Sebagai contoh perbezaan ketara Spear Goblin level 7 dengan 9 amatlah jauh. Dengan level 9 spear goblin, ia boleh serang tower hingga tinggal separuh nyawa jer.....!!!.

Untuk aku dua perkara ini yang amat terpenting. Ada banyak sebab lain seperti anda tidak memperolehi deck yang anda mahukan dari arena sebelumnya.
Selain itu kelemahan dalam mengawal elixir semasa pertarungan juga memainkan peranan penting.

Tapi strategi akan anda belajar melalui pengalaman tetapi kalau level anda rendah macam mana nak menang.

STRATEGI TERBALIK
Langkah untuk memenangi Clash Royale ini ialah kita harus naikkan level kita.

Untuk naikkan level terdapat beberapa cara:

Strategi terbalik ialah anda harus kalahkan diri anda hingga turun arena. Jika anda arena 7 maka anda turun ke arena 6.

Jika anda turunkan prestasi ke arena bawah maka secara tak langsung anda yang paling kuat. Jika kebanyakan pemain arena 6 level 6 atau 7. Tetapi anda level 8 dan kelebihannya anda mempunyai askar arena 8 iaitu arena yang anda tengah main sekarang.

Apa yang perlu anda buat ialah mengumpul chest sebanyak yang mungkin. Melalui chest anda berpotensi mengumpul gold yang banyak dan tetap. Serta akan memperolehi crown chest jika anda berjaya mengumpul 10 trophy. Sudah pasti dengan mudah mengumpul 10 trophy untuk membuka crown chest kerana anda pasti menang.

Melalui chest yang dikumpulkan anda boleh upgrade dengan cepat askar anda kerana anda mempunyai dana.

Tujuan anda turunkan ranking arena ialah untuk kumpul gold dan naikkan level askar anda.

Selain itu jangan lupa join clan yang kuat, anda boleh request card dari clan yang kuat.

Dan tidak mustahil level anda mudah naik dengan dermakan sahaja level deck yang tak guna melaui card yang anda terima dari chest yang tidak putus-putus.

Jika anda masih belum berpuas hati, kekalkan diri anda dalam arena yang mudah ini. Dan jika mata anda naik, kalahkan diri...heheheh.

Ambil kesempatan juga untuk mencuba strategi baru. Sebab dalam arena ini jika anda kalah kerana mencuba strategi baru. Takkan ada masalah sebab anda boleh menang dengan mudah dengan strategi lama anda.

Ini yang aku tengah buat...Aku tengah kumpulkan gold seberapa banyak yang mungkin sebab nak upgrade ke level seterusnya minimum gold dalam tabungan kena ada 2000 gold.

Memanglah derma card dari clan aku terima tapi kalau dah penuh kad, kau kena bayar dengan gold nak naikkan taraf.

Pada masa yang sama aku banyak menderma dan aku plan akan ke arena seterusnya selepas aku dapat level 9 serta askar epic pilihan aku level 8.

Untuk menguji aku dah bersedia atau tidak. Aku kena join tournament. Tournament hanya boleh join jika anda level 8 yek...

Kalau aku menang dalam tournament classic yang mempunyai 3 perlawanan maka aku dah bersedia ke areana seterusnya.

Tapi strategi terbalik tak terpakai kalau kau beli
ajer gold yang dijual...Dengan RM400 kau boleh dapat chest gempak-gempak punya. Tapi kau orang sanggup ke melabur hanya untuk main game sahaja....

No comments: