Clash Royale Susunan Deck Pilihan Arena 6


Apabila kita memasuki Arena 6 Clash Royale memang cukup syukur untuk ke Arena seterusnya. Tidak banyak mata yang diperlukan hanya 300 mata secara amnya menjadi 2000 mata ke Arena 7.

Susunan deck menjadi amat penting dalam Arena 6 ini. Dan yang pastinya dalam Arena 6 kita dianggap sudah mahir dan kenal setiap card yang kena gunakan.

Walau bagaimana pun di Clash Royale walau pun kita diberi card Epic/Rare namun card yang normal juga menjadi pilihan. Tapi harus juga masukkan sekeping atau dua card rare/epic.

Melalui kajian yang dijalankan terdapat beberapa kad yang wajib ada seperti Prince/Witch/Wizard mempunyai kekuatan yang hebat.

Tapi ia harus digabung bersama apabila kita membuat serangan serentak. Kalau guna Prince harus ada spear goblin atau bomber.

Kekuatan bomber walau pun murah tapi ia mempunyai kuasa musnahkan troop lain.
Melalui gabungan ini maka Prince dapat dihantar ke hadapan dan musnahkan tower.

Apabila mempunyai exlicir yang mencukupi gabu gan Prince dan Hog Rider amat ampuh. Sekejap ajer Tower dimusnahkan. Gabungan terhebat...

Ramai yang mengatakan penggunaan Giant wajib dalam deck Clash Royale. Aku akui sebab Giant boleh digunakan sebagai umpan untuk diletak dibarisan hadapan manakala card pillihan harus dibelakang Giant membunuh troop lain.

Tapi dengan card Prince/Hog Rider ditambah giant, jumlah exlicir yang diberi anda tak realistik. Anda kena pilih 2 sahaja antara bertiga ini.

Manakala untuk pertahanan sebaiknya lighting/zap/fireball/freeze adalah kesukaan ramai. Digunakan apabila pertahanan mula rapuh atau dikepung musuh.

Zap adalah kegemaran aku sebab dengan mudah ia membunuh goblin atau minion atau pun skeleton army. Untuk aku ia penting sebab ia membunuh dengan kadar yang ramai.

Barbarian pun kegemaran terbaik dengan empat orang barbarian dengan mudah makan Prince/ Hog Rider/Giant. Disebabkan tidak boleh menyerang di udara sebaiknya letak spear goblin apabila kita gunakannya.

Di artikel ini terdapat beberapa pilihan deck yang terbaik diguna oleh pemain hebat. Anda boleh mencubanya tetapi akhirnya kekuatan sebenar adalah dari strategi anda dan tak panik apabila tower kau musnah. Mula ler kelam kabut.

Namun level card anda juga memain peranan, fokus naikkan level card pilihan anda termasuk level anda sendiri.



Share:

0 comments