Header Ads

Farah Fauzana Batal Kahwin Suami Orang

Farah Fauzana Batal Kahwin Suami Orang

Kasihan pula aku tengok nasib Fafau atau Fara Fauzana ini, baru nak nikah tiba-tiba dapat tahu ia bercinta dengan suami orang. Kalau tahu awal tak per juga, lagi 2minggu nak kahwin baru pecah tembelang.

Kad jemputan semua mesti sudah diedarkan dan pembayaran untuk catering serta pelamin dan hantaran mesti dah siap sedia. Aku tak dapat bayangkan bagaimana Farah Fauzana menghadapai dugaan seberat ini.

Lahabau betul ler laki tu... tapi aku hairan juga takkan keluarga Farah tak ketahui langsung latar belakang keluarga ini. Ibu bapa lelaki ini tak beritahu ker yang anak mereka dah kahwin atau adik beradiknya.

Mesti Farah dah banyak kali ke rumah bakal mak mertuanya kan, paling bodoh pun Hari raya mesti pergikan ke rumah bakal mak mertuanya.Aku rasa ada something funny dalam cerita ini.

Tapi aku nasihatkan Farah supaya bersabar dan sentiasa fikir, ada orang lagi berat dugaannya lagi di sana. Anggaplah ia hikmah yang tersembunyi wakau aku tahu sebagai manusia biasa peritnya hati kita yang tahu..

Menurut sumber terkini, Hafiz yang juga merupakan AJK Pemuda Umno Lembah Pantai dan juga seorang usahawan sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai isteri. Perkara itu disembunyikan dari pengetahuan Farah Fauzana sehinggalah rahsia itu terbongkar 2 minggu terakhir sebelum majlis pernikahan Farah.

Merasakan diri tertipu, Farah Fauzana membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan tersebut serta merta. Apapun, semoga Farah Fauzana lebih tabah menghadapi dugaan seperti ini.

Berita terkini punca Farah Fauzana dan Hafiz batal nikah perkahwinan pada 17 September ini. Penyampai radio Hot FM Fafau atau Farah Faufana sebentar tadi telah membuat sidang media bahawa beliau telah membatalkan perkahwinannya atas alasan peribadi atau tidak bersependapat dengan bakal suaminya.

Untuk info, Hafiz berusia 38tahun dan merupakan seorang usahawan manakala Fafau berusia 36 tahun sekarang. Difahamkan, pasangan ini telah berkenalan dalam tempoh dua tahun atas dasar dipekenalkan oleh seorang rakan di Majlis Makan Malam . Pada awal ogos 2016, Farah Fauzana telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September 2016. Namun, pada 4 September beberapa minggu sebelum nikah, beliau mengumumkan terpaksa batalkan hasrat perkahwinan tersebut.

Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini sepatutnya diadakan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara pada pukul 9 pagi 17 September 2016. Fara Fauzana pada ketika ini enggan dedahkan sebab sebenar pembatalan pernikahan tersebut atas unsur peribadi. Untuk info, pasangan ini tidak memilih untuk bertunang sebaliknya sepatutnya melangsungkan pernikahan dan resepsi pada 17 september ini. Apapun, moga tabah buat Fara Fauzana dan semoga berjumpa dengan jodoh lebih baik pada masa akan datang.

Biodata Hafiz Bakal Suami Farah Fauzana Tak Jadi Kahwin

Nama Penuh: Mohamed Hafiz

Umur: 38 Tahun

Status: Sudah Berkahwin dan merupakan suami orang

Pekerjaan: Usahawan

Jawatan: AJK Pemuda UMNO, Lembah Pantai

Asal: Perak

Alamat Terkini: Shah Alam, Selangor

Tempoh Perkenalan dengan Fara Fauzana: 2 Tahun

Farah Fauzana Batal Kahwin Suami Orang


No comments