Header Ads

Harga Dan Spesifikasi Proton Saga 2016


Proton Saga merupakan nama yang sinonim dalam automatif negara khususnya untuk peminat Proton.

Jenama Saga sendiri telah melalui beberapa dimensi perubahan dalam dunianya sendiri.
Dan yang penting Saga adalah produk mampu beli oleh rakyat kita.

Mari kita lihat perbezaan Saga 2016 dengan model sebelumnya


Selain itu, ECU juga telah ditala semula untuk mempertingkatkan tindak balas CVT, tapak enjin tiga punca untuk memberikan nilai NVH yang lebih baik dan juga perbezaan berikut:

Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)

Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)

Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)

Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)

Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)

Sebagaimana Persona Baru 2016, Proton Saga Baru ini turut mendapat pakej pemanduan dan kawalan yang dipertingkat, diantaranya adalah menggunakan tayar dengan rintangan golek lebih rendah untuk memberi cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db), ABS, EBD dan ESC.

Harga & Spesifikasi

Proton Saga Baru 2016 ini berharga di antara RM32,888-RM46,388 dengan pilihan empat varian. Harga Proton Saga 2016 seperti berikut:
Proton Saga 1.3L Standard MT - RM32,888
Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM35,888
Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM40,388
Proton Saga 1.3L Premium CVT - RM46,388

Setiap pembelian turut dilidungi dengan jaminan 3 + 2 tahun atau 150,000km yang mana sampai dahulu.

Enam warna pilihan ditawarkan pada model baru Proton Saga 2016
Quartz Black
Fluorite Grey (warna baharu)
Fire Red
Topaz Blue (warna baharu)
Solid White
Genetic Silver

Berikut adalah spesifikasi (spec) lengkap untuk setiap varian Proton Saga 2016 yang ditawarkan:

1. 2016 Proton Saga 1.3L Standard MT
2. 2016 Proton Saga 1.3L Standard CVT
Enjin 1.3 litre VVT
94 hp, 120 Nm
Ecodrive Assist
Lampu utama halogen Reflector
Lampu kabus belakang
Pengesan jarak hadapan dan belakang
Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
Cermin sisi larasan manual
B-pillar warna badan
Kemasan dalam hitam
Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
Tempat mengecas USB
Tempat duduk fabrik serba hitam
Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
Tempat duduk belakang boleh lipat 40:60
Trim pintu plastik
Tapak cangkuk ISOFIX
Dua beg udara
Brek cakera hadapan dan brek dram belakang

3. 2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT (Tambahan dari Model Standard)
Brek ABS dengan EBD
Lampu kabus hadapan
Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
Cermin sisi berkuasa elektrik
B-pillar warna hitam
Penghadang angin pada but belakang
Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
Tempat duduk fabrik bercorak mesh
4. 2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT (Tambahan dari Model Executive)
Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
Electronic Stability Control (ESC)
Hill-hold Assist
Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
Butang kawalan audio pada stereng

No comments