Header Ads

Impian Menjadi Wanita Paling Gemuk Di Dunia


Monica Riley, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang memiliki berat 300 kilogram namun masih menyimpan hasrat menambah berat badan sehingga mencapai impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Ketika ini gelaran wanita paling gemuk di dunia masih disandang Mayra Rosales, dengan berat badan 470 kilogram sebelum turun mendadak hingga 91 kilogram. Riley yang dikatakan dibayar menerusi saluran YouTube untuk makan, masih mahu menambah berat sebanyak 150 kilogram bagi membolehkannya merampas gelaran wanita paling gemuk di dunia, tanpa mampu bergerak.

Wanita itu dibantu suaminya, Sid Riley yang menjadi peneman setia memastikan impiannya untuk menjadi sangat gemuk dan tidak mampu bergerak tercapai. 'I-won't-stop-until-I'm-too-fat-to-move' (Saya tidak akan berhenti selagi menjadi terlalu gemuk untuk bergerak).

Model bersaiz besar kelahiran Texas itu mengambil kira-kira 8,000 kalori sehari. Secara purata, Riley makan enam keping biskut, enam roti sosej, semangkuk besar bijirin, dua kotak susu kocak, empat sandwic ayam, empat burger keju berganda, kentang goreng, 30 ketul ayam, makaroni keju, makanan ringan dan satu gelen ais krim. "Perancangannya adalah untuk mencapai berat 450 kilogram sehingga saya tidak mampu bergerak.

Saya berasa seperti ratu kerana Sid pasti melayan kehendak saya dan dia juga sangat teruja," kata wanita berusia 27 tahun itu. Menurut Riley ia menjadi fantasi seksual untuk dirinya dan Sid kerana mereka sering berbincang mengenai apa yang mereka sedang lakukan.

"Dia membantu saya untuk bangun daripada sofa dan katil. Sid juga adalah seorang 'feeder' (individu yang merasa kepuasan seksual dengan melihat orang makan, memasak dan menyuapkan makanan menggunakan corong).

Setakat ini, Riley mempunyai 20,000 peminat dalam talian. Menurutnya mereka suka melihat dia makan menggunakan corong - ia mendapat hits paling tinggi. -Agensi

No comments