Kaki Wayang: Train To Busan


Apabila cerita tentang filem Korea ajer, mulalah menjadi viral di Malaysia.

Baru-baru ini filem Korea terbaru iaitu Train To Busan telah menjadi sebutan dan impak yang baik di kalangan penonton filem.

Aku pun tidak mahu ketinggalan menonton filem ini. Rating yang dapat aku berikan ialah 4.9/5.

Aku bukan peminat Kpop walaupun seisi rumah keluarga aku peminat drama Korea. Tapi filem ini memang menarik.

Permulaan cerita Train To Busan ini pada mulanya agak lambat. Bosan juga ler menonton konflik anak dan bapa. Bapa heronya Gong Yoo terpaksa membawa anak perempuannya Soo Ann ke Busan untuk melihat ibunya di sana.

Cerita bermula apabila hero bersama anaknya menaiki keretapi ke Busan dan secara tak sengaja penumpang yang dijangkiti telah masuk ke keretapi tersebut.

Bermula dengan seorang pesakit hingga menjadi zombie telah menjangkiti hampir keseluruhan penumpang keretapi tersebut.

Bermulalah kisah survival kesemua penumpang yang ingin menyelamatkan diri mereka dari serangan zombie ini.

Jalan cerita ini survival mereka amat menarik. Tak senang duduk kau dibuatnya apatah lagi kalau menonton di screen besar memang terjeri-jerit kau dibuatnya.

Untuk pengetahuan, zombie Korea ini amat berlainan dengan zombie omputih yang jalan lambat dan boleh mati tembak di kepala.

Zombie korea ini boleh berlari dan takkan mati kalau kena tembak. Hanya dibakar sahaja mereka akan mati. Dan zombie ini kaku jika berada di tempat gelap.

Filem Train To Busan ini banyak mengajar tentang pengorbanan terhadap isteri, anak dan orang lain. Sikap tolong menolong serta kekecewaan banyak di terap dalam filem ini.

Kenapa aku kasi rating 4.9 sebab endingnya amat tragis. Dan bukan sahaja endingnya amat tragis tetapi sepanjang filem ini berjalan, kita tak dapat mengagak apakah perkara yang seterusnya akan berlaku.

Filem sebeginilah yang menarik minat aku. Train To Busan adalah sebuah filem yang terkeluar dari norma-norma filem kebiasaan.

Pelakonnya memang maveles terutama pelakon kanak-kanak yang bijak bermain emosi. Hebat betul pelakon kanak-kanak itu.

Saya cadangkan anda menonton filem ini. Berkisar dalam keretapi serta sedikit diluar tetapi perasaan anda semasa menonton filem ini pastinya 200% di layar kaca filem ini.

Share:

0 comments