Kesesakan Parti Melayu Makin Di Malaysia. Impaknya..

Kesesakan Parti Melayu Makin Di Malaysia. Impaknya..
Bila aku keluar artikel sebegini mesti secara tak langsung aku akan di cop rasis... kerana aku berbangsa Melayu dan mengingatkan bangsa Melayu serta parti Melayu agar melihat pesaing mereka telah mengorak langkah awal dalam kempen mencari pengundi baru.

Dalam dunia ini, semua kaum akan pentingkan bangsa mereka dahulu. Itu realiti yang kita semua bangsa dalam dunia ini khususnya negara Malaysia.

Tapi bukan bererti aku rasis. Rasis dalam ertikata sebenar adalah orang yang bersikap fasis mementingkan kaumnya dan pada yang sama memandang rendah serta jika ada peluang menganiaya bangsa lain. Itulah rasis...

Jelas sekarang maksud aku ni...Dalam diam kita lihat DAP sibuk mencari ahli baru tetapi melayu sibuk mendaftar parti baru..Parti Pribumi kan..aku pun kurang pasti...hahahaha. Tujuan lawan UMNO. PAS pula dilawan oleh parti AMANAH..

Manakala si Keadilan/PAS pula kononnya buat pakatan dengan DAP menentang BN bukannya memberi impak yang baik kepada Melayu tetapi penyerahan Pulau Pinang kepada DAP.

Kebodohan dan pemecahan undi melayu inilah yang akan membawa kemusnahan politik melayu kita. Adakah menentang pemimpin yang dituduh korup dengan membina parti baru akan menyelesaikan masalah ini.

Pemimpin politik Melayu harus membuka minda anda dengan luas. Jangan gunakan alasan untuk perjuang survival melayu kononnya kita harus membuat parti baru sebagai langkah penyelesaiannya...

Dengan penubuhan parti Melayu atau bumiputra yang semakin bercambah akan melemahkan kekuatan melayu sendiri.

Katakan BN akan menang dalam pilihanraya ini tetapi kadar kemenangan ahli UMNO makin merundum. Maka pembuat keputusan di Parlimen nanti akan menjadi sukar kelak...

Hai Melayu, cukuplah. Janganlah sibuk mengejar kuasa. Janganlah sibuk mengumpul wang peribadi. Janganlah sibuk menjerit-jerit memaki pemimpin Melayu yang lain.

Anda semua umur dah lanjut...tak lama lagi di mukabumi ini. Tapi fikirkan generasi kita yang akan datang, kesannya kepada mereka jika anda semua buat perangai sebegini.

Bersatu ler.....UMNO, KEADILAN, PAS, PRIBUMI, AMANAH serta parti baru Shafie...hehehehehe. enough is enough...meluat dah aku lihat pertelingkahan anda semua.

Jangan sampai generasi melayu yang ada keliru dan tak tahu nak undi siapa? Akhirnya semua melayu tak mengundi dan negara ini akan di perintah oleh bangsa asing. Padan muka kau.

Dah ler ekonomi bangsa lain kontrol...politik kena kontrol...kasihan orang melayu nanti..

Bukan pemimpin melayu tetapi kelas bawahan melayu...

Share:

0 comments