Perarakan Hari Kemerdekaan AuoSunpower Melaka Terbaik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Perarakan Hari Kemerdekaan AuoSunpower Melaka Terbaik


Lambat pula aku pos artikel Perarakan Hari Kebangsaan 2016 anjuran kilang aku iaitu AuoSunpower Melaka.

Gambar-gambar abstrak aku dah upload cuma keceriaan wajah pekerja Auosunpower jer aku tak upload...hehehehe.

Apa yang dapat aku katakan ialah terbaik dari kontinjen kami. Walau pun kena marah dengan komandan sebab merayau ambil gambar ajer...tapi kerjasama team AuoSunpower memang maveles.

Salah aku gak sebab tiba kat sana terus capai kamera dan amik gambar semua kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada hari tersebut.

Mana boleh tahan tengok kostum dia orang berwarna-warni, sebagai fotografi inilah peluang yang tak boleh dilepaskan hingga terlupa jap kau tu ada sertai perarakan..hahahaha.

Semua peserta kontinjen dalam perarakan tersebut seramai 200 kontinjen memang sporting. Kami juga tak lepaskan peluang bergambar dengan mereka terutama askar-askar kita kelihatan gah dengan celoreng di muka mereka. Terbaik..

Kontinjen kami sepanjang perarakan memberi kerjasama terbaik dengan jeritan kawad. Semangat Auo Sunpower bergema kuat sepanjang perarakan 5 kilometer.

Kalau ada rezeki dan jodoh, tahun depan boleh sertai lagi.. Dapat baju, seluar dan topi percuma serta voucher diberikan oleh pihak managemen kami ucapkan terima kasih.

Terbaik!!!!!











No comments: