Selamat Hari Jadi Haziq ke 9 Tahun


Selamat Hari Jadi Haziq ke 9 Tahun pada 17.9.2016 telah disambut secara sederhana di rumah neneknya pada malam semalam.

Walau pun sambutan disambut secara sederhana namun ianya amat meriah dengan kehadiran sanak saudara.

Pemulaan Harijadi Haziq dimulakan dengan tiupan 3 batang lilin yang dicucuk oleh ibunya yang menandakan setiap batang lilin mewakili 3 tahun.

Haziq pada mulanya agak malu dan bertambah malu apabila semua beramai-ramai menyanyikan lagi Selamat Hari Jadi pada beliau.


Kek coklat istimewa sponsor dari mak sedaranya, dinikamati ramai dan kesemua mereka mengakui pilihan kek tersebut menetapi citarasa mereka.

Pada keesokannya sambutan Harijadi Haziq diteruskan dengan memenuhi impiannya makan chicken chop. Pilihan kedai pilihan kami ialah Windmill yang terkenal dengan chicken chopnya.

Birthday boy telah pun menempuh setahun lagi zamannya. Sekejap sahaja berumur 9 tahun...dah besar belaka semua anak-anak aku ini.

SELAMAT HARI JADI HAZIQ!!!!

Share:

0 comments