Tanam Pokok Mangga Di Pasu - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tanam Pokok Mangga Di Pasu

Tanam Pokok Mangga Di Pasu
Tanam pokok mangga di pasu. Tapi pasu yang digunakan itu agak besar dan pada pandangan aku mungkin boleh berjaya.Itulah kerja yang tengah aku buat sekarang..

Dengan syarat aku kena pastikan pokok itu dipotong agar tidak terlalu tinggi. Tapi syaratnya ialah aku kena pastikan pokok yang aku tanam itu hidup dahulu...hahahaha.

Perkara ini tak mustahil sebab pernah dilakukan orang cuma menurut isteri aku, perbuatan aku pelik dan kalau jiran-jiran tengok memang kelakar...hahahaha.

Aku ada baca dibeberapa blog ramai yang berjaya tanam dipasu dan memdapat hasilnya. Dan ianya bukan seorang tapi ramai cuma di Melaka dan 9spesifiknya Taman Tanjung Minyak hanya aku seorang yang mencubanya.

Setiap perkara yang baru dan diluar pemikiran manusia pasti pelik dipandangan mata masyarakat. Itulah yang membezakan orang yang berjaya dengan mereka yang normal...

Kalau berjaya aku menghasilkan buah mangga melalui teknik tanam dalam pasu, ianya satu kejayaan yang terbaik dan unik.

Tapi betul juga kata wife aku, jiran-jiran mesti pelik melihat kelakuan aku menanam pokok mangga dalam pasu.

Sepatutnya aku tanam dalam pasu dalam kawasan yang tersembunyi dan lihat hasilnya dengan environment yang terkawal.

Aku harap wife aku bersabar dan lihat langkah pertama projek ini iaitu pastikan pokok mangga ini hidup dahulu. Lepas hidup baru kita fikirkan langkah seterusnya.

Janganlah buang pokok mangga abang tu...huhuhuhu.
Tanam Pokok Mangga Di Pasu

No comments: