Berjalan ke Zoo Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Berjalan ke Zoo Melaka

Cuti sekolah telah bermula. Aktiviti pertama ialah bawa anak-anak ke Zoo Melaka.

Aku memang plan hendak ke Zoo Melaka sebab nak ambil gambar binatang kat sana. Biasalah jiwa fotografer ini kalau ada peluang memang nak ambil gambar jer.

So bini aku kata bawa anak-anak sekali. Bagus juga, sambil menyelam minum air.

Sepanjang berada di Zoo Melaka anak-anak aku gembira terutama setelah melihat pertunjukkan binatang di sana serta peluang bergambar dengan ular dan burung.

Aku tak pegang pun ular tu, geli geleman..huhuhuhu. Tapi anak lelaki aku selamba jer. Gua tabik lu Haziq !!!!

Kami ronda jalan kaki jer, tak pakai trem pun. Rugi kalau naik trem tak dapat lihat keseluruhan binatang kat sana.

Tapi siap sedia ler, nak pusing seluruh Zoo ambil masa 2 jam setengah. Mercik peluh jantan kau keluar. Basah satu badan!!!






No comments: