Hotel Puri Senggigi Lombok


Sepanjang 5 malam 6 hari di Lombok. Tempat tinggal kami ialah di Hotel Puri Senggigi Lombok.

Aku boleh klasifikasikan sebagai hotel 3 bintang. Pandangan pertama kami apabila mula check.in di hotel ini agak kecewa.

Melalui gambar di booking.com hotel ini nampak macam gemilang tetapi jauh meleset. Hotelnya agak biasa sahaja.

Katilnya boleh dikatakan agak lembik...hehehehe. Bilik airnya tak der tab mandi walaupun aku tak tahu macam mana nak mandi kat tab.

Ia hanya menyediakan seketul sabun mandi yang kecil. Syampu serta lain mandian tiada dibekalkan.


Air panas pun tak der dalam bilik, kena ambil di luar. Perkhidmatan seterika baju harus dilakukan oleh pekerja dan harus di bayar sebanyak RP 2000 sehelai.

Makan malam restoran tiada disediakan tetapi kami bernasib baik ada makanan segera Quick Chicken buka 24 jam.

Breakfastnya kalau tak der nasi ia akan masak nasi goreng. Telur adalah masakan utama..hehehehe.

Pendek kata apa yang aku harapkan seperti aku menginap di hotel Jogja jauh berbeza...hahahha.

Tapi kemudahan lain seperti wifi dan air panas mandian semuanya ada. Termasuk TV yang mempunyai pelbagai channel serta penyaman udara yang sejuk.

Kalau nak merokok di luar tersedia kerusi dan meja untuk kita lepak waktu terluang.

Hotel Puri Senggigi Lombok ini ala-ala homestay. Bukannya macam hotel dalam satu bangunan. Lebih rileks kalau nak melepak.

Hari ini baru Hotel Puri Senggigi Lombok ia dekat pantai. Hanya lintas jalan sahaja dan boleh ke pantai dan kat area tu ada 2 restoran yang agak mewah. Boleh ler makan-makan kalau nak ubah selera.

Hotel Puri Senggigi Lombok memang menyajikan pantai yang indah rupanya. Sunset kat pantai tu memang terbaik.

Manakala perjalanan menaiki teksi dari Hotel Puri Senggigi Lombok ke pekan Senggigi tak jauh. Hanya 6 minit perjalanan.

Apa yang boleh aku harapkan sangat dari hotel yang mengenakan bayaran RM432 selama 5 malam 6 hari. Astaga murahnya...

Yang penting, malam-malam aku dapat tidur nyenyak...ahaks.


posted from Bloggeroid

Share:

0 comments