Kaki Wayang : John Reacher Never Go Back

John Reacher Never Go Back


Hari ini aku dengan wife aku menonton filem kesinambungan John Reacher Never Go Back lakonan Tom Cruise. Lakonan Tom Cruise selalunya terbaik. Rating untuk filem John Reacher Never Go Back akukasi 5/5.

Melampau kan tapi itulah yang terbaik. Kenapa ia layak dapat rating tertinggi kerana jalan ceritanya, aksinya dan permainan perasaan semuanya terbaik.

Aksi yang ditunjukkan filem John Reacher Never Go Back tidak melebih-lebih seperti filem aksi yang lain di mana hero terlampu kuat atau terer sangat. Dalam filem ini, teruk juga Jack Reacher ini kena pukul. Inilah originaliti yang kita mahu. Aksi yang tidak melampau atau terlalu futurustik.

Manakala jalan ceritanya sukar untuk kita tentukan hinggalah akhir filem ini. Filem sebegini sukar untuk di olah dan agak lama aku tak jalan cerita sebegini. Inilah keitimewaan filem ini dimana penjahat ini beria-ria ingin membunuh hero dan heroin filem yang pada mulanya aku fikir itulah penyebabnya tapi rupanya lain..hawau!! Terbaik.

Mainan perasaan filemJ ohn Reacher Never Go Back ini bukan tentang heroin dan hero seperti filem omputih yang lain  yek. Ia langsung tak der cerita tentang kisah seksual. Tetapi tentang anak Jack Reacher yang turut  terlibat dalam kecelaruan masalah tersebut.

Aku tak mahu cerita lebih lanjut tentang filem ini. Filem John Reacher Never Go Back ini memang wajib tengok untuk sesiapa yang inginkan keaslian aksi serta filem yang tidak mempergunakan seks sebagai bahan pelaris.

John Reacher Never Go Back



Share:

0 comments