Header Ads

Kawasan Membeli Ole-Ole Di Lombok

Sudah semestinya apabila kita melancong perkara utama yang menjadi kemestian ialah membeli ole-ole.

Di Lombok mempunyai banyak kedai menjual ole-ole terutama di Senggigi tetapi saya di sarankan oleh pemandu pelancong kami membeli ole-ole di Legong Pusat Ole-Ole dan Lombok Exotic Central.

Peringatan untuk sesiapa yang melancong ke Indonesia janganlah membeli ole-ole di jalanan yang dijual oleh penjaja kecil.

Ya, harganya boleh di tawar tapi jika anda memulakan langkah pertama membeli ole-ole dari seorang penjaja maka bermulalah serbuan ke atas diri anda oleh penjaja lain.

Penjaja kecil akan mengikuti anda sepanjang anda berjalan-jalan di sana tapi keraskan hati anda dan jangan lembut hati. Itu nasihat aku.

Pengalaman peribadi aku di Jogjakarta adalah satu pelajaran yang baik. Dimana kami diserbu dan dirayu oleh penjaja kecil gara-gara rakan aku membeli satu barangan sahaja. Habis kami setiap seorang RP1,000,000.

Dan di Lombok kami membeli baju dari seorang penjaja kecil dan hampir di kejar tapi kami membeli masa nak balik dan terus lari ke kereta..hahahaha.

Di nasihatkan sekali lagi jangan membeli ole-ole dari pejaja jalanan yek.

Masalah di Lombok ia tidak mempunyai kawasan sepusat menjual ole-ole seperti di Jogjakarta. Dimana Jogjakarta kawasan menjual ole-ole berpusat di Malioboro Street.

Percaya atau tidak keychain memang payah nak cari walau pun dari penjaja kecil. Kebanyakkannya menjual T-Shirt atau gelang.

Kasihan pada rakan-rakan di Malaysia kerana ole-ole memang tak banyak.kami beli disebabkan masalah ini.

T-Shirt boleh dibeli dari penjaja kecil kerana harganya murah dimana berharga RP20,000 sehelai berbanding kedai. Tapi buat macam saya buat, beli dan terus lari ke kereta..hahahaha.


Berbalik semula pada kedai ole-ole pilihan pemandu kami yang pertama iaitu Lombok Exotic
Central.

Lombok Exotic Central ini menjual baju-baju serta keychain atau magnet peti ais. Ini adalah ole-ole wajib yang kita harus beli sebab ia murah dan ringan...hahahaha.

Cukup banyak ole-ole keychain atau magnet dijual di Lombok Exotic Central. Pelbagai baju juga dijual disana hingga maksimum 4XL.

Tapi aku memang berkenan patung muka yang dijual RP20,000. Aku beli 2 untuk boss aku. Kita islam mana boleh simpan patung-patung ini.

Kami borong magnet dan keychain yang dijual disana. Harga magnet RP15,000 untuk 4 pcs dalam anggaran sebiji RM1.00. Boleh ler..hahaha.

Di bahagian tingkat atas kedai Lombok Exotic Central jual barangan wanita atau kain tenunan. Kami tak beli sebab mahal bangat..


Kedai kedua pula Legong Pusat Ole-Ole menjual makanan tradiosional Lombok. Pelbagai makanan Lombok yang dijual dan bagus sebagai ole-ole untuk jiran tetangga.

Saya pun tak faham nak menyebut satu persatu makanan tradisional yang telah di bungkus dengan kemas dan ada tulis Lombok. Itu yang penting ada trademark Lombok..ahaks.

Di Legong Pusat Ole-Ole juga ada menjual keychain atau magnet tapi tidak sebanyak di Legong. Kami beli juga tambahkan koleksi...

Semua ole-ole telah siap dibeli iaitu T-Shirt, magnet dan keychain. Selain itu kami juga ada membeli mutiara untuk ibu kami untuk dipin di tudung.

Lupa lak, wajib membeli mutiara di Lombok kalau ke sana. Tak mahal dan terdapat 2 jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan air masin. Mutiara air tawar agak murah sedikit...

Selamat membeli belah di Lombok. Ini adalah guide line sahaja.

No comments