Kekayaan Melampau Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kekayaan Melampau Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah


Gila!!! Itu ajer yang dapat aku katakan. Makan rasuah serta songlap duit kerajaan hingga beratus juta.

Aku rasa duit pemimpin Malaysia dan ketua pengarah ini kalau kita kumpul boleh cover 40% hutang negara...

Biodata Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM kerana mengumpul kekayaan rasuah berjumlah RM53 juta atau lebih dari itu.

Perbuatan tersebut turut bersubahat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Teo Chee Kong yang terlibat mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010.

Namun, kesemua projek melibatkan Jabatan Air di Sabah telah diseleweng dan tidak disalurkan ke infrastruktur yang sepatutnya. Difahamkan, kesemua wang disonglap untuk kepentingan sendiri dan memonopoli semua projek jabatan air kepada adik beradiknya.

SPRM turut menjumpai kesemua duit RM53 juta itu di 3 lokasi berlainan melibatkan rumah, pejabat dan peti simpanan di bank. Manakala duit rasuah RM3 Juta ditermui di kediaman timbalan pengarah jabatan air Teo Chee Kong manakala selebihnya diseleweng oleh Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Biodata Pegawai Suspek Kakitangan Kerajaan Rasuah RM53 Juta

Suspek 1:

Nama Penuh: Ag Mohd Tahir

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Suspek 2

Nama Penuh: Teo Chee Kong

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Sumber: Biodata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Rasuah RM53 Juta | melvister.com


No comments: