Header Ads

Kemudahan Pengangkutan Di Lombok


Apabila anda melancong ke Lombok masalah pengangkutan bukanlah satu masalah untuk anda ronda-ronda di Pulau Lombok.

Perkhidmatan teksi cukup banyak. Terutama jika anda menginap di Senggigi. Dan aku mencadangkan anda pilihlah hotel di Senggigi kerana Senggigi merupakan pusat pelancongan di Lombok.

Di Senggigi merupakan transit bot utama ke 3 Gili iaitu Gili Trawangan, Air dan Menu. Ia juga menjual ole-ole yang mempunyai 2 buah kedai ole-ole terbesar di sini.

Selain itu di Senggigi juga merupakan kawasan melihat matahari terbenam.

Lainlah kalau anda memang berminat trekking ke Gunung Rinjani, memakan masa 2 jam dari Senggigi.

Kedua perkhidmatan sewa motor amat banyak di Lombok. Tanya sahaja receptionist hotel anda menginap atau anda sendiri akan di approach oleh pihak tertentu untuk memyewakan motor mereka. Harga sehari ialah RP60,000.

Motor juga boleh disewa sehari atau jam memgikut kesukaan anda.

Tak perlu lesen motor..hahahaha. sewa jer dan pakai helmet. Rondalah sekitar pulau Lombok atau Senggigi.

Ketiga gunakan pemandu pelancong dengan bayaran tertentu dan mereka akan bawa anda melancong ke sana dan ke mari.

Macam saya menggunakan pemandu pelancong selama berada di Lombok. Ada niat nak sewa motor pada waktu malam atau petang selepas pemandu pelancong kami hantar kami pulang ke hotel tapi isteri tak berani mahu menunggang atas alasan saya dah lama tak bawa motor..hahaha.

Kemudahan pengangkutan di Lombok bukan satu masalah. Kalau malas nak pakai teksi atau motor anda boleh menaiki van awam mereka.

Kalau perjalanan dekat anda boleh juga menaiki kereta kuda tapi jarak yang dekat sahaja. Tapi tak payah ler sebab teksi dan motor kan ada...ahaks.

Setiap masa ada sahaja teksi dan van yang lalu sampai anda rasa rimas sekejap-kejap di tanya jika anda berjalan kaki di jalan raya. Sebegitu banyak pengangkutan awam di Lombok.

Anda jangan risau sebab penduduk Lombok ini memang peramah.

No comments