Header Ads

Pantai Kuta Lombok, Mawun Dan Selong Belanak

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Lombok. Hari ini kami berjalan-jalan ke 3 pantai utama di Lombok iaitu Pantai Kuta Lombok, Mawun Dan Selong Belanak.

Persinggahan pertama kami adalah di pantai Selong Belanak. Penuh betul pantai ini dengan pelancong asing.

Ini disebabkan pantai ini mempunyai ombak yang kuat dan rata-ratanya asyik bermain surfing. Kalaulah aku pandai main surfing kan bagus..hahahaha.

Sepanjang pantai ini terdapat gerai-gerai makan dan tempat bersantai sambil memerhati ombak serta melihat karenah omputih bermain surfing...heehehe.


Persinggahan kedua kami pergi ke pantai Mawun. Pantai ini agak sepi dan berteluk. Sesuai untuk lepak-lepak kat sini. Tak sesibuk pantai Selong Belanak.

Kami lepak agak lama juga sambil.berborak dengan pemandu pelancong kami sambil bercerita tentang Lombok.


Kemudian kami pergi pantai Kuta Lombok. Pantai utama persinggahan pelancong. Meriah dengan kedai menjual ole-ole serta di kejar oleh penjual genit yang mengikuti kamu agar membeli barangan mereka.

Keunikan di pantai Kuta Lombok ini ialah terdapat batu yang besar dan menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar.

Selain itu mercu tanda Kuta Lombok ialah tanda nama yang besar dan wajib kita kena ambil gambar...hahahahaa.

Dinasihatkan janganlah anda membeli barangan dari penjaja di sana. Kalau anda beli seorang, ramai yang datang..pening kau nanti...


No comments