Header Ads

Sparky Legendary Card Clash Royale Terbaik


Hari ini agak best untuk koleksi deck Clash Royale aku kerana aku dapat Legendary Card Sparky yang memerlukan 6 exilir. Tapi berbaloi dapat kad legendary ini.

Sebagai contoh dengan 2 kali tembakan ke tower sudah cukup letupkan dia. Masalahnya ia perlu charging setiap kali lepaskan tembakan.

Oleh itu setiap kali gunakan Sparky pastikan dihadapannya ada troop yang mengawalnya. Aku biasanya pakai Prince atau Wizard jer.

Gabungan 2 legendary boleh nangis pihak lawan..hahahaha.

Semasa nak deploykan Sparky pastikan ia diletak dibelakang tower sebab ia mengambil masa nak charging. Kalau setakat pihak lawan hantau Giant jer...kacang jer dia bunuh.

Masalahnya Sparky ini ia bunuh bangunan dan troop. Kalau pihak lawan letak goblin, sia-sia sahaja tembakan tu hanya untuk membunuh goblin..huhuhuhuhu.

Selain itu ia memang senang kena bunuh kalau tengah charging. Hantar goblin atau spear jer dah cukup. Pastikan ia mempunyai askar yang mengawal sparky setiap kali kau deploykan ia.

Setakat aku gunakan Sparky ia memang berkesan cuma aku menghadapi uruskan exilir sebab average deck aku guna 4.3 exilir. Silap sikit habis aku.

No comments