Teknik Mengambil Gambar Binatang - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Teknik Mengambil Gambar Binatang

Hari ini pergi Zoo Melaka dan as usual aku akan ambil gambar-gambar binatang.

Dalam mengambil gambar binatang ini, klu terpenting ialah sentiasa titik fokus kamera pada mata dan pastikan binatang tersebut pandang ke arah kamera anda.

Tidak susah mengambil gambar binatang ini tetapi hendak menunggu binatang ini melihat ke arah kamera itu yang susah.

Kesabaran adalah titik penting kalau nak ambil gambar binatang ini. Ia pasti akan pandang tapi kamera kau kena sentiasa fokus sehingga the moment dia pusing kepala pandang kau.

Lensa yang terbaik ialah dalam anggaran 200-300mm tapi kalau anda tidak mempunyai lensa telefoto tidak mengapa.

Guna sahaja lensa 50mm anda tapi pastikan gambar yang diambil atau tiada noise. Selepas itu anda boleh cropping gambar tersebut.

Secara automatik gambar tersebut akan menjadi dekat macam guna telefoto selepas anda cropping.

Pastikan bila guna lensa 50mm, ISO seboleh-bolehnya dalam 100. Ia untuk memastikan masalah noise tidak terjadi.

Tapi rasanya tiada masalah kerana Zoo biasanya dalam kawasan terbuka dan matahari pun agak terang maka ia banyak membantu. Kalau matahari redup, cuba rendahkan Shutter Speed min 1/80 dan f serendah yang mungkin.

Shutter Speed kalau bawah 1/80 akan menyebabkan gambar goyang. Kalau dah pakai kedua-dua teknik gambar gelap lagi, terpaksa guna tripod dan anda boleh rendahkan Shutter Speed bawah 1/80.

Memang leceh kalau ambil gambar binatang yang kedudukannya jauh guna lensa pendek. Tapi dahulu aku pun guna lensa pendek.

Belajar dari susah dan bila dah dapat lensa telefoto semuanya makin mudah kerana anda dah cukup faham tekniknya melalui pengalaman pahit guna lensa pendek ini..hahahahaha.



Teknik Mengambil Gambar Binatang
Teknik Mengambil Gambar Binatang
Teknik Mengambil Gambar Binatang
Teknik Mengambil Gambar Binatang
Teknik Mengambil Gambar Binatang
Teknik Mengambil Gambar Binatang

No comments: