Warga Emas Di Pukul Di Pusat Jagaan Old Mighty Old Folks, Melaka. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Warga Emas Di Pukul Di Pusat Jagaan Old Mighty Old Folks, Melaka.

Warga Emas Di Pukul Di Pusat Jagaan Old Mighty Old Folks, Melaka.


MELAKA: Kerajaan negeri memberi tempoh selama lima hari kepada pemilik sebuah pusat jagaan warga emas di Taman May Fair, Klebang di sini, menutup operasi mereka.

Dipercayai ia berlaku di rumah orang tua-tua Old Mighty Old Folks, Melaka.

Arahan dikeluarkan hari ini itu susulan kejadian seorang wanita warga emas berusia 70-an dipukul di kepala oleh seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai pemilik pusat jagaan terbabit. EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata selain kes itu menjadi viral di media sosial, arahan penutupan juga disebabkan premis berkenaan tidak berdaftar.

"Terdapat sebanyak 73 pusat jagaan di negeri ini yang berdaftar, manakala kurang daripada 20 lagi belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. "Siasatan awal mendapati, pusat jagaan warga emas ini sudah diberikan nasihat supaya berbuat demikian (mendaftar) sejak tahun 2015, sebaliknya mereka tetap berdegil (tidak mendaftar)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat jagaan itu bersama Pengarah JKM negeri, Borhanuddin Bachik di sini, petang tadi. Dalam video berdurasi 11 saat yang tersebar di laman Facebook hari ini, wanita warga emas berkenaan dilihat dipukul sebanyak tiga kali di kepala oleh lelaki terbabit. Malah, sejak disiarkan, kejadian itu ditonton lebih 900,000 netizen yang turut mengecam perbuatan berkenaan.

 Latipah berkata, semua penghuni di situ akan dihantar kepada waris masing-masing dan sekiranya waris mereka tidak boleh menjaga, pihak JKM akan menghantar penghuni ke pusat jagaan yang sesuai seperti di Rumah Seri Kenangan Cheng atau Bukit Larang. "Kes membabitkan tindakan lelaki berkenaan kita serah kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.


Link video: https://www.facebook.com/100001143777837/videos/1098261930221922/

Rakan aku dalam post FB juga telah membuat laporan polis berkenaan kes ini.

Warga Emas Di Pukul Di Pusat Jagaan Old Mighty Old Folks, Melaka.

Warga Emas Di Pukul Di Pusat Jagaan Old Mighty Old Folks, Melaka.




No comments: