Wayan Nate Pemandu Pelancong Lombok

Wayan Nate
Wayan Nate Dan Aku 


Sepanjang perjalanan kami di Lombok kami di bawa berjalan-jalan oleh Lombok Eco Tour dan pemandu pelancong kami ialah Wayan Nate.

Sepanjang pelancongan kami saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Wayan Nate. Wayan Nate memberi penerangan yang jelas di setiap kawasan yang kami kunjungi.

Malah ia akan memastikan kami sentiasa dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan kami ini. Yang memalukan aku ialah semasa snorkling aktiviti ia memegang tangan aku sepanjang kami snorkling di laut kerana aku tak pandai berenang!!

Percutian aku dan wife sepanjang 6 hari 5 malam memang cukup puas hati. Aku bukan nak promosikan pemandu pelancong kami Wayan Nate tetapi kami berdua memang cukup berpuas hati. Apa yang kami minta semuanya dilayan dengan baik..

Dari meminta singgah beli adapter handphone hinggalah kami membeli minyak Pak Oles. Itu semua di luar bidang kerjanya tapi ia tetap membantu dengan senyuman.

Jika anda ke Lombok gunakan khidmat Wayan Nate. Jika anda tidak berpuas hati dengan rekemen saya ini pergi ke TripAdvisor dimana terdapat komen yang positif tentang beliau dan Lombok Eco Tour.

Wayan Nate
Ni alamat Facebook beliau:
https://www.facebook.com/WayneNataRoney

Ni alamat Google Plus beliau:
https://plus.google.com/+WayanNata

Ni no telepon beliau: +62 818-0572-8107

Wayan Nate
Google Plus 

Wayan Nate
Review Oleh TripAdvisor

Share:

0 comments