2 Bulan Untuk Blog Baru Muncul Dalam Enjin Carian

2 Bulan Untuk Blog Baru Muncul Dalam Enjin Carian

Berita baik untuk blog baru aku iaitu Islam Is Great atau nama blog aku sideofmuslim.blogspot.com kini telah tersenarai di dalam enjin carian.

Melalui blog baru ini aku dapat mempelajari sesuatu iaitu sesebuah blog yang baru untuk tersenarai dalam enjin carian mengambil masa selama 2 bulan. Dimana post pertama aku ialah pada 24.09.2016. Seperti gambar di bawah.
2 Bulan Untuk Blog Baru Muncul Dalam Enjin Carian
Ini adalah fakta melalui analisis aku. Dahulu aku difahamkan sesebuah blog baru akan diletakkan di sandbox dan setelah 3 bulan baru ia akan di keluarkan dari "sandbox".

Mungkin Google dah beri kelonggaran sedikit dengan memendekkan tempoh kuarantin blog dari 3 bulan ke 2 bulan kot..hehehehhee.

Pengajaran asas yang dapat kita lihat dan jika anda bercita-cita menjdi seorang blogger ialah masa kesabaran. Selama 2 bulan anda membuat post atau artikel tetapi pageview anda adalah kosong selama 2 bulan!!!

Baca: Tanpa Enjin Carian, Blog Anda Tiada Gunanya

Biasanya dalam masa itu ramai blogger baru dah kecundang sebab kecewa tak ada siapa nak baca blog kau...hahahhaa. Sebabnya blog anda belum lagi tersenarai dalam enjin carian.

Setelah 2 bulan, baru blog anda tersenarai dalam enjin carian. Masih banyak lagi kerja anda mesti lakukan untuk memantapkan SERP (search engine result pages anda dengan bermain SEO, blogwalking dan pelbagai lagi. Itupun belum tentu lagi akan meningkatkan pageview blog anda tetapi yang pastinya ada sedikit peningkatan.

Tetapi untuk mendapatkan pageview 1000 pageview ke atas mungkin memakan masa setahun atau lebih!! Ini adalah standard untuk mereka yang memulakan blog tanpa ketahui apa itu SEO.

Begitulah aku bermula, 2 tahun sengsara sebelum mendapat 1000 pageview  yang pertama. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger otai yang banyak membantu. Dan kini blog aku sehari dah boleh mencapai 3000-5000 pageview sehari semuanya kerana enjin carian dan usia blog aku yang kini berusia 7 tahun.

Sentiasa bersabar bila menjadi blogger. Dan sentiasa ingat adakah anda menjadi blogger kerana pageview atau duit atau minat. Jika minat, anda akan lama di dunia blogger.

Akhir kata jenguklah ler sekejap blog sideofmuslim yang aku baru buat...hehehehehe. Dah tua-tua ini apa salahnya aku berkongsi semua artikel mengenai keagamaan pada semua rakan-rakan. Cari pahala...hehehehe.


Tags:

Share:

0 comments