301 Redirect Guna "Change Of Address" Di Google Search Console




Masalah 301 Redirect dalam blogspot akhirnya dapat juga aku atasi.
Untuk pengetahuan apabila kita menukar domain blogspot kepada domain sendiri. Seperti hanifidrus.blogspot.com tukar kepada domain hanifidrus.com telah meyebabkan aku mendapat error 302 redirect.

Yang bermaksud "move temporary" iaitu URL blog aku seolah-oleh redirect ke URL lain. Selain itu terdapat percanggahan dalam enjin carian seolah-olah blog aku membuat spam.

Impak 302 redirect ini akan meyebabkan kau mendapat penalti dari Google kerana kau dianggap membuat spam tetapi sebenarnya domain kau sahaja yang berubah dari blogspot ke .com.

Dan baru-baru ini apabila Google telah membuat prosedur baru iaitu Sneaky mobile redirects menambah buruk kepada blog aku. Hingga blog aku disekat di indeks dalam enjin carian..

Untuk mengatasi masalah ini aku harus menukar 302 redirect kepada 301 redirect "move permenant" iaitu aku membuat pengesahan bahawa aku dah bertukar domain untuk mengelakkan masalah duplicate URL ini.

Masalahnya dalam blogspot aku kena buat satu persatu secara manual semua artikel aku kepada 301 redirect bahawa aku dah bertukar domain.

Dalam usaha aku mencari penyelesaian masalah ini aku terjumpa satu kaedah yang pihak Google tak umumkan pada semua iaitu "Change Of Address".

"Change Of Address" yang terletak di setting dashboard Search Console ialah pemberitahuan bahawa anda telah berubah alamat URL ke alamat URL yang baru.

Tapi sebelum anda membuat perubahan pada setting "Change Of Address" , jika anda telah membuat domain baru. Selesaikan setting semua domain baru anda hingga URL anda bertukar kepada yang baru.
Cara penukaran domain blogspot kepada .com akan di terangkan oleh pihak domain tersebut. Anda ikut sahaja arahan yang diberi.

Setelah berjaya menukar domain blog anda kepada yang baru anda pergi ke Search Console blogspot anda dan klik pada setting dan cari "Change Of Address" dan anda ikut step yang diberikan. Lihat contoh gambar di atas.

"Change Of Address" ialah mekanisme notifikasi anda kepada pihak Google bahawa anda telah menukar URL anda. Barulah nanti pihak Google akan uruskan penukaran semua artikel anda kepada URL yang baru. Anda hanay perlu tunggu notifiaksi pihak Google sahaja.

Senangkan!! Nasib baik aku jumpa punca masalah Sneaky Mobile Redirect aku ini....

INGAT-- setiap kali anda tukar domain pastikan pakai aplikasi ini untuk mengelakkan kes naya macam berlaku  pada aku ini.

Di bawah adalah penerangan satu persatu menggunakan "Change Of Address"

https://plus.google.com/+MenasheAvramov/posts/MsopKHcQgg6



Tags:

Share:

0 comments