Aplikasi Upah Orang Beratur - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Aplikasi Upah Orang Beratur

Aplikasi Upah Orang Beratur
Barisan panjang di luar bank-bank menjadi pemandangan biasa di India sejak dua minggu lalu selepas kerajaan menghentikan pengeluaran dua wang kertas denominasi tertinggi iaitu 500 dan 1,000 rupee.

Namun, sebuah syarikat beribu pejabat di New Delhi menawarkan jalan penyelesaian kepada pelanggan yang sanggup membayar supaya seseorang beratur bagi pihak mereka menerusi aplikasi BookMyChotu.

Ia yang pada asalnya dilancarkan sebagai platform membantu orang ramai mengupah pekerja sambilan kini mengambil kesempatan ekoran krisis tunai di India.

“Anda kekurangan wang tunai? Perlukan pembantu untuk beratur di bank atau mesin pengeluaran tunai (ATM) sehingga giliran anda?

“Pekerja kami akan beratur bagi pihak pelanggan kerana kami memahami keadaan anda dan mereka akan membantu menjimatkan masa,” tulis keterangan syarikat berkenaan di Facebook.

Kos upah seorang ‘chotu’ adalah AS$1.30 (RM5.70) bagi satu jam atau maksimum lapan jam dengan kadar upah sebanyak AS$8 (RM35). Semua pekerja adalah terlatih dan berumur lebih 18 tahun.

Penduduk India diberikan masa sehingga hujung tahun ini untuk menukar wang kertas 500 dan 1,000 rupee dengan wang kertas baharu 500 dan 2,000 rupee atau mendepositkan wang lama itu ke dalam akaun bank masing-masing.

Wang kertas 500 dan 1000 rupee sebelum ini merangkumi 85 peratus wang tunai yang diedarkan di India.

Keputusan mengejut tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memerangi kewujudan wang gelap iaitu wang tunai yang tidak diisytiharkan.

Selain itu, ia juga bertujuan membawa sejumlah besar wang yang disimpan oleh rakyat ke dalam sistem perbankan formal bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut pengasas BookMyChotu, Satjeet Singh Bedi, perkhidmatan yang hanya disediakan di New Delhi dan bandar berdekatan itu dilancarkan baru-baru ini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

No comments: