Header Ads

Clash Royale: Elite Barbarian


Clash Royale semalam dah release satu lagi kad troop iaitu Elite Barbarian dalam kategori Common card.

Aku bernasib baik dapat kad Elite Barbarian apabila buka free chest. Aku rasa dah dapat kad ni dengan mudah.

Kad barbarian ini memang popular digunakan oleh pemain-pemain Clash Royale. Dan ketibaan upgrade versi barbarian ini memang ditunggu oleh semua pemain.

Dengan kad baru Elite Barbarian ia mempunyai kuasa yang lebih baik dengan 2 pasangan elite barbarian.

Tapi untuk aku secara peribadi Elite Barbarian ini tidak begitu bagus.

Pertama Elite Barbarian memerlukan 6 elixir untuk digunakan. Agak mahal untuk kuasa kecil.pada level 1 ini.

Biasanya elixir berkuasa 6 ke atas adalah troop penyudah atau pemusnah dalam permainan. Tapi Elite Barbarian sudah semestinya bukan troop pemusnah sebab kuasa pertahanannya yang lemah.

Pembaharuannya Elite Barbarian seperti barbarian. Cuma lebih kuat sikit. Masih tak boleh tembak troop udara tetapi hanya troop tanah sahaja. Buat apa!!!

Hantar baby dragon sudah cukup hancurkan Elite Barbarian.

Selain itu jumlah troop Elite Barbarian hanya 2 orang berbanding barbarian asal seramai 4 orang. Rugi!!!

Tapi yang bestnya Clash Royale ada kasi tawaran istimewa dengan harga 100 gems anda boleh upgrade hingga level 8.

Kalau anda nak mencuba boleh beli lerr.

No comments