Gambar Sekitar Bersih 5

Sebanyak 12 laluan akan ditutup, manakala 58 jalan akan dilencongkan di sekitar ibu negara bermula 7 pagi sempena perhimpunan jalanan Bersih 5 dan gerakan Baju Merah, esok.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata 12 jalan itu melibatkan laluan ke Dataran Merdeka, Maybank Bangsar, Brickfields, Masjid Negara, Muzium Negara, Sogo, Parlimen, Pudu Sentral, Pasar Seni, Bank Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit.

"Kesemua 12 jalan ini adalah kawasan larangan dan orang ramai termasuk peserta perhimpunan dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan tersebut sehingga perhimpunan selesai," katanya pada sidang media di ibu pejabat kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.










Share:

1 comments