Header Ads

Google Webmaster Tools Kini Di Tukar Google Search Console

Google Webmaster Tools Kini Di Tukar Google Search Console
Dahulu perkataan Google Webmaster Tools adalah perkataan yang harus di fahami dan dipelajari oleh blogger atau secara amnya sesiapa sahaja yang menggunakan website berorientasikan platform Google atau blogspot.

Google Webmaster Tools adalah satu produk Google untuk kita memeriksa status blog kita dari masa ke semasa samada ia di "banned" oleh Google ( sejak kebelakangan ini Google memang suka sangat banned website) atau melihat status perkembangan blog kita.

Status perkembangan secara spesifiknya ialah melihat kedudukan blog anda dari segi kedudukan enjin carian, artikel yang diindek. Dengan menggunakan Google Webmaster Tools kita mampu membawa blog kita mesra pengguna serta mencapai kedudukan dalam mukasurat pertama enjin carian Google.

Google telah melihat Google Webmaster Tools ini adalah satu keperluan untuk semua orang yang mempunyai laman web bukan untuk webmaster semata-mata.

Oleh yang demikian mereka telah menukar Google Webmaster Tools kepada Google Search Console. Dengan penukaran ini bermakna ianya lebih luas,

Google Search Console untuk blogger sebagai hobi mereka, programmer, pakar SEO dan sebagainya.
Isi kandungan tetap sama tiada apa beza cuma undang-undang pengawalan makin ketat!!!

Untuk blogger yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini jangan terkejut pula apabila cari Google Webmaster Tools  tak jumpa sebab ia dah tukar nama baru..hehehehhee.

Kalau nak ajar orang gunakan terma baru ini.
Google juga dah buat URL pendek untuk ke Google Search Console  iaitu  g.co/SearchConsole.

Alang-alang dah tukar nama mereka juga dah tukar logo seprti gambar di atas.. Tak cantik ahhh!!!

No comments