Hanis Binti Hanif Kini Sah Pengawas Sekolah

Hanis Binti Hanif
Tahniah abah ucapkan kepada anak perempuan aku Hanis Binti Hanif telah sah terpilih sebagai pengawas sekolah beliau iaitu Sekolah Menengah Seri Mahkota Melaka.

Syukur alhamdulilah anak aku terpilih sebagai pengawas sekolah. Satu perkara yang aku amat banggakan kerana dalam alam persekolahan aku, aku tidak pernah terpilih pun menjadi pengawas sekolah apatah pengawas perpustakaan..hehehe.

Ertinya dengan pemilihan anak aku sebagai pengawas sekolah maka ianya adalah satu anjakan dalam keluarga aku, ada yang menjadi pengawas.

Baca: Hanis Kini Pengawas Percubaan Sekolah

Sebagai ibubapa kita sentiasa mahukan kebolehan dan kepandaian mereka melebihi dari kita. Itulah impian setiap ibu bapa.

Dari segi penulisan ini mungkin sesiapa yang membacanya menyampah statement aku ini. Memyanjung sangat anak padahal baru tingkatan satu...hahahaha.

Tapi itulah perasaan aku ketika ini. Aku selalu risau jika anak aku tidak kehadapan. Aku rasa semua ibubapa pun berfikiran seperti aku mahukan yang terbaik dari anak mereka.

Tapi untuk majukan anak kita ke hadapan bukan tanggungjawab kita seorang tapi anak kita sendiri yang sanggup meenghadapi cabaran. Dan tugas kita sudah semestinya menyokong mereka dari belakang.

Dan Hanis Binti Hanif berani menghadapi cabaran dalam memikul tanggungjawab sebagai pengawas sekolah.

Beliau harus menghadapi cabaran mengekalkan keputusan akademiknya samada lagi bagus atau mengekalkannya.

Beliau harus datang awal ke sekolah dan paling penting menegur rakan-rakannya yang melanggar peraturan sekolah.

Tahniah sekali lagi abah ucapkan pada Hanis dan terima kasih pada pihak sekolah yang memberi peluang untuk Hanis menjadi pengawas sekolah.

Hanis, tunjukkan pada cikgu di sekolah bahawa mereka tidak akan menyesal memilih Hanis sebagai pengawas sekolah. Tunjukkan krebiliti Hanis dan jalankan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah dengan tekun.

Dugaan pasti menjelma terutama apabila kita mengambil tindakan ke atas rakan-rakan sekolah yang melanggar peraturan. Tapi sentiasa ingat kita mesti jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab kita pasti semuanya berjalan dengan lancar..amin.

Share:

0 comments