Kaki Wayang: Dr. Strange - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang: Dr. Strange

hanif idrus blog
Semalam menonton filem terbaru Marvel iaitu Dr. Strange. Kalau dilihat dari rating global Dr. Strange mendapat 7.1/10. Iaitu satu pencapaian yang agak menarik.

So untuk menentukan filem ini layak mendapat rating sedemikian, aku pun menonton filem Dr. Strange ini.

Rating peribadi Kaki Wayang ialah 5/5. Aku berani memberikan rating sedemikian kerana filem ini merangkumi aspek perasaan, emosi dan juga aksi yang hebat.

Dari permulaan Dr. Strange sebagai doktor pakar yang ego hinggalah beliau mengalami kemalangan yang menyebabkan tangannya cedera dan menenggelamkan kariernya sebagai pakar bedah.

Beliau mencari alternatif untuk memulihkan tangannya dan menjumpai satu kultus yang bernama Kamar Taj yang boleh memperbaiki tangannnya secara rohaniah.

Tetapi rupanya Kamar Taj, merupakan sebuah kumpulan mistik yang menjaga dunia ini dari gangguan mistik dimensi dunia lain.

Dan Dr.Strange secara tak langsung terbabit dalam pertelingkahan kuasa mistik ini apabila bergaduh dengan salah seorang mahaguru kultus yang beralih kepada kuasa gelap.

Pertempuran demi pertempuran memang menarik dalam filem Dr. Strange ini. Pening juga melihat kuasa yang digunakan oleh mereka ini. Bangunan senget-senget serta bergerak memang maveles.

Latihan Dr. Strange yang di kelola oleh Pendeta Purba telah banyak mengajar Dr. Strange menjadi lebih rendah diri.

Banyak betul aku nak ceritakan dalam filem Dr. Strange ini. Permainan emosi serta lawak selamba oleh pelakon utama drama TV Sherlok Holmes sebagai Dr. Strange memang menjadi.

Jom tonton Dr. Strange..
Marvel sekarang ini banyak betul keluarkan adiwira-adiwira baru yang buat aku pening dan lagi pening kesemua adiwira Marvel ini berkait rapat...
Macam dalam filem Dr. Strange ini, babak terakhir filem ini. Dr. Strange ada jumpa Thor pasal mencari Odin...

No comments: