Kupasan :Kecoh Ibu Bapa Marah Pelajar Duduk Atas Jalan Tar

hanif idrus blog
Sejak semalam tersebar bebrapa keping gambar dan video menunjukkan sekumpulan pelajar telah didenda duduk atas jalan tar kerana datang sekolah lambat menyebabkan ada ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, tindakan yang dilakukan berkenaan adalah tidak wajar.

"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
hanif idrus blog
Inilah sebahagian dari artikel yang aku petik berhubung kemarahan ibubapa pihak sekolah mendenda pelajar yang lewat datang ke sekolah duduk di atas jalan tar semasa perhimpunan sekolah baru-baru ini.

Kecoh tidak bertempat. Pelbagai pihak yang bijak pandai memberikan tempelak yang kuat pada pengetua sekolah atas tindakan beliau. Rata-ratanya tidak setuju atas tindakan pihak sekolah tersebut.

Alasan pertama ialah jika duduk atas jalan tar kemungkinan jalan tar tersebut ada najis dan jika pelajar hendak menunaikan solat akan sukar.

Penyelesaiannya, nasihat aku pada pengetua sekolah ialah lain kali kalau mereka lewat jangan duduk kat jalan tar tapi suruh mencangkung sampai habis perhimpunan.

Baru terjamin kesucian pakaian mereka dan pengetua pun tak tanggung dosa.

Sebelum kita mencaci pihak sekolah khususnya pengetua sekolah. Lagi baik jika kita kaji kenapa para pelajar ni datang lewat.

Semuanya berpunca dari rumah ler. Ibubapa yang tidak pandai mendidik anak-anak mereka untuk menghormati masa.

Ini adalah asas dalam mendidik anak-anak wahai ibubapa. Ketepatan masa bukan sahaja akan digunapakai waktu sekolah tetapi waktu bekerja pada masa akan datang.

Boleh ker kita selalu datang kerja lewat. Mahu kena maki dengan boss. Tapi kita senyap sebab kita dibayar gaji.

Sama seperti kes pelajar tersebut. Kalau pengetua maki kau, tak pasal-pasal kena gantung kerja. Bila didenda kecil sebegini dengan hanya duduk di jalan tar kau orang kecoh.

Sebab itu kalau anda kaji, banyak syarikat tak mahu ambil pekerja tempatan terutama dalam bidang operator pengeluaran. Salah satu sebab kedatangan kerja mereka amat teruk dan datang lewat perkara normal yang harus dihadapi oleh pihak syarikat.

Kenapa? Sebab terdapat orang-orang yang memekak bila pengetua ambil tindakan untuk mendidik anak-anak didiknya dengan niat yang baik disalahertikan.

Padahal kau sebagai ibubapa pun gagal mendidik anak kau menetapi masa dan impaknya kepada pihak sekolah tapi kau masih nak tegakkan benang yang basah.

Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan generasi yang akan datang jika kita terlalu manjakan anak-anak zaman sekarang ini.

Ada perkara kita boleh viralkan tapi jika kes kecil sebegini kau viralkan.....memang bodoh ler kau.
Aku menyokong pengetua sekolah tersebut..

Ya, aku tahu kita tak boleh bandingkan sistem pendidikan keras zaman kita dengan sekarang. Kalau dulu aku lambat datang, kena jalan itik hoiii....lepas tu mencangkung lagi..malu...

Tapi kita harus melihat kesesuaian zaman, dan kesesuaian zaman yang aku lihat. Sekadar duduk di jalan tar kerana datang lambat masih relevan. Tapi seperti yang aku katakan tadi...jangan duduk tapi mencangkung pun masih relevan.

Share:

0 comments