Maxis Prepaid Rm50 Dengan 5GB Dan 4G You Tube

hanif idrus blog
Pas RM48 5GB dgn 2GB YouTube PERCUMA utk 30 hari anda akan dipertingkatkan! Utk pembaharuan anda yg akan datang, anda akan menikmati 5GB dgn 4GB YouTube PERCUMA bersama 100 minit PERCUMA utk panggilan ke semua rangkaian tempatan, pd hanya RM50. Pastikan anda mempunyai kredit yg mencukupi utk pembaharuan.

Itulah tawaran khas yang aku terima dari Maxis untuk plan prepaid internet yang akan diperbaharui pada masa akan datang.

Sekarang ini dengan bayaran RM 48 aku mendapat 5GB dengan 2GB You Tube percuma serta sabtu/ahad 1GB.

Dengan tambahan RM2 kini aku boleh dapat 5GB dengan 4GB You Tube!!!! Serta Sabtu/Ahad 1GB.

Kalau dilihat..aku mendapat kelebihan jika aku menonton dari You Tube. Persaingan Celcom dan DiGi bagus juga yek untuk pengguna macam aku ini. Pengguna tegar internet...hihihi.

Tapi sehebat tawaran yang diberikan namun line internet macam hawau pun tak guna.. kejap penuh 4G...lepas tu tak der line. Tengah syok main Clash Royale tiba-tiba line jadi h....

Kalau aku kat Umbai Melaka...Maxis line memang teruk. Terpaksa tukau DiGi..nasib handphone aku ni boleh masuk 2 sim card..

Tapi memang mengarut ler. Semasa aku melancong Indonesia beberapa kali...internet dia orang memang cukup lagu..tak der kejap-kejap sangkut..

Entah ler bila nak rasa line internet kat Malaysia ni smooth....dari kau orang sibuk gaduh2 kasi macam-macam tawaran baik pulihkan perkhidmatan network kau orang.

Share:

0 comments