Perkhidmatan Internet Malaysia Lembik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Perkhidmatan Internet Malaysia Lembik

Perkhidmatan Internet Malaysia Lembik
Pernah kau alami main game tiba-tiba line internet kau slow gila. Habis kalah game kau orang sebab internet slow ini.

Pernah tak kau alami buka google search dan buat carian. Dah dapat website yang kau cari, bila klik punyalah lama dia buffer sampai kau stress.

Pernah tak kau alami, wife kau minta transfer uang online tapi bila kau buka aplikasi bank, nak login punyalah lama. Hingga kau takut kalau spam online punya kerja tapi rupanya internet slow.

Pernah tak kau alami, kau didaerah A, internet punyalah laju dan bila kau pergi ke daerah lain yang jauhnya hanya 20km. Dan masih dikawasan bandar. Line internet kau jadi slow.

Adakah sekarang anda menggunakan line DiGi tapi internet anda guna line Maxis sebagai contoh sebab kau kawasan perumahan kau line internet DiGi slow giler.

Aku dah alami semua ini semenjak bertahun-tahun yang lalu. Dari aku pakai modem hingga ke smartphone. Stress...

Tak guna buat macam-macam diskon kalau perkhidmatan lembik. Bukan sebahagian tapi semua line internet Malaysia memang slow gila.

Entah berapa tahun lagi baru smooth kot. Kawan aku kata kalau nak laju pakai Stream TM yang pakai line..itu aku tahu.

Tapi kalau yang pakai smartphone macam mana lak..?

Tempoh hari ada maklumat, perkhidmatan internet Malaysia mungkin akan alami sedikit gangguan sebab kenaikan taraf hingga bulan Jun 2017. Kita tunggu ajer ler.

Tapi aku nak beritahu, aku dah berkali-kali ke Indonesia, dia punya internet punyalah laju dan murah.Kat pulau pun ada line internet. Kalau banding kat Malaysia ...lembik.

Bukan nak mengutuk tapi inilah realiti.Kenapa yek?
Inilah internet Malaysia,

No comments: