Rakyat Malaysia Makin Miskin Di Sebab Pemimpin - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Rakyat Malaysia Makin Miskin Di Sebab Pemimpin

Rakyat Malaysia Makin Miskin Di Sebab Pemimpin
Sebelum aku memulakan bicara, terlebih dahulu aku minta maaf jika ada tersalah ayat yang terlalu emosi. Tapi rasanya, artikel aku ini tidak akan seteruk artikel pihak lain kot.

Dan rasanya anda semua tahu apa cerita yang aku hendak tulis ini. Betul, tentang kenaikan taraf hidup rakyat Malaysia yang terlalu mendadak. Taraf hidup bermaksud perbelanjaan tambahan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat pada masa ini terlalu melampau.

Kenaikan harga makanan asasi kita semakin lama semakin mahal. Apabila makanan asasi kita naik maka produk makanan yang menggunakan bahan asasi ini serta merta akan naik. Itu semua perbelanjaan tambahan...Gila.

Kenaikan minyak dah macam trend untuk kerajaan. Bila tak duit naik harga minyak petrol atau diesel. Bila minyak naik, harga barangan naik disebabkan penghantaran barangan menggunakan kenderaan. Bila minyak turun, harga barang tetap kekal... itu semua perbelanjaan tambahan...Gila.

GST pula dahulu dikatakan untuk diguna menampung projek rakyat. Tapi tak der benda yang aku nampak. Semua barangan kena GST 6%. Ini adalah perbelanjaan yang paling teruk dan menjerut leher rakyat Malaysia..itu semua perbelanjaan tambahan...Gila.

Subsidi dikatakan merugikan kerajaan. Kerajaan terpaksa keluar berbillion ringgit menampung subsidi. Oleh itu dirancang semua subsidi akan dihapuskan. Bila subsidi dihapuskan dan barangan utama di apung mengikut pasaran. Sudah tentu peniaga akan ambil kesempatan naikkan harga barangan dan mungkin akan berlaku penyembunyian produk yang dahulunya disubsidi dengan tujuan naikkan harga di pasaran. Itu semua perbelanjaan tambahan...Gila.

Menteri kerajaan aku lihat sekarang pun bukan pejuang untuk rakyat. Lepaskan tekak mereka, kalau rakyat mampus. Lantak kau ler. Itu semua orang melayu tu. Dah ler kau buat tindakan membebankan rakyat, lepas tu kau boleh keluar statement menegakkan benang yang basah macam budak tadika atau sindrom down. Itulah menteri kita. Dan disebabkan kita mempunyai ramai menteri bodoh macam ni, menyebabkan perbelanjaan tambahan berlaku...Gila.

Rasuah..Malaysia is no one!! Gejala rasuah dahulu kita dengar dalam anggaran RM 1 juta. Itu pun dah banyak. Tapi kini dibawah kabinet 'cost down', rasuah mengalami pencapaian terbaik dengan kadar ratus juta hingga billion. Disebabkan duit untuk rakyat masuk poket si perasuah maka habuannya rakyat kena tanggung kehilangan wang tersebut. Disebabkan rasuah Malaysia kita di kancah achievement terbaik maka ini menyebabkan perbelanjaan tambahan berlaku..Gila.

Aku merasakan kerajaan kita ni bukannya mementingkan rakyat. Rakyat makin lama makin susah. Luahan demi luahan rakyat telah terjemahkan pada pemimpin kita ini tapi semua buat tak endah. Aku dahulu memang cuba menidakkan tohmahan mereka tapi lama-kelamaan aku pun dah tak tahan menanggung beban kehidupan ini.

Paling boring melihat menteri yang bercakap macam orang bodoh ajer. Aku pun tak faham kenapa seorang menteri yang berpengalaman boleh cakap macam tu. Bukan seorang tapi hampir semua menteri kita macam tu... Adakah mereka anggap rakyat bawahan ini bodoh atau biarlah rakyat anggap mereka ni bodoh janji perut mereka penuh ....silap poket penuh..

Kalau kita lihat ramai rakyat Malaysia bekerja 2 kerja sehari. Dengan kadar 16 jam sehari. Penat bro. Kasihan aku lihat..

Lalu kalau kau kerja jer...macam mana perhatian hendak diberi pada keluarga. Dan kalau terus bekerja jer..... boleh sakit kau dibuatnya.

Kerja 16 jam sehari tu bukannya untuk menjadi kaya tetapi untuk menampung kehidupan seharian akibat penambahan perbelanjaan...Gila.

Subsidi adalah salah satu tanggungjawab kerajaan dalam mengawal harga barangan. Di ulang sekali lagi iaitu tanggungjawab. Melalui kutipan cukai dan kini GST maka bukanlah sukar dalam memberi subsidi yang wajib kepada rakyat. Ianya bukan beban tapi di ulang tanggungjawab. Negara maju pun ada kasi subsidi pada rakyat. Kasihan aku lihat pemerintah kita ini cuba memperbodohkan rakyat. Disebabkan kerajaan anggap pemberian subsidi ini sebagai beban maka ia menyebabkan pertambahan perbelanjaan ...Gila.

Dengan pemansuhan banyak subsidi, GST serta beberapa kenaikan tambahan seperti tol maka aku anggap kerajaan Malaysia akan menjadi salah satu kerajaan terkaya di dunia.

Perbelanjaan tambahan diserah pada rakyat dan aku berharap pertambahan kekayaan pada rizab Malaysia ini akan memberi impak yang baik pada masa hadapan anak-anak kita nanti. Amin.

Dan sebagai rakyat aku memang tidak mampu berbuat apa-apa pun. Ketika aku menulis di artikel ini aku tahu aku hanya menyalak di langit. Tak ada impak pun kerajaan kita yang gah. Aku hanya rakyat marhaen..untuk dipijak-pijak sahaja.

Namun aku percaya jika benarlah pemimpin kita melakukan semua ini demi rakyat maka diakhirat nanti mereka semua akan mendapat habuan terindah..

Jika tidak...hanya untuk mengisi kantung mereka dan menzalimi rakyat. Allah maha kuasa, ingatlah kita hidup di dunia ini paling maksimum 70 tahun. Kau orang bergembiralah puas-puas, seperti aku katakan tadi. Aku pun tak ler buat apa-apa pun..kau orang pegang kuasa. Nanti kan ler habuan terindah kau orang dapat lepas hembuskan nafas terakhir di dunia ini.

So aku nasihat pada semua, tak yah kecoh-kecoh. Kau orang pun tak boleh buat apa-apa pun. Dan bukan hak kita untuk menghukum mereka sebab kita pun bukan bagus sangat...kikikki
Biar Allah menentukannya.....

No comments: