SIAPA BAJU MERAH DAN BERSIH.


APA ITU BERSIH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 5 ialah perhimpunan kelima dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh sembilan tahun.

Perhimpunan pertama diadakan pada 10 November 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai 'Walk for Democracy' pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan 'Sit In' yang diadakan pada 28 April 2012 dan Bersih 4 pada 29 Ogos 2015.

Lima tuntutan Bersih 5:
Pilihan raya bersih
Kerajaan bersih
Kukuhkan demokrasi berparlimen
Hak membantah
Memperkasa Sabah dan Sarawak

APA ITU MERAH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Untuk menunjukkan orang Melayu tidak kira Umno atau PAS atau persatuan orang Melayu lain bersatu menentang BERSIH.

BERSIH mendakwa mewakili rakyat tetapi kita lihat kebanyakannya didukung oleh orang Cina dan DAP,” katanya sambil mendakwa gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu alat pembangkang.

Diketuai oleh pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Tiada tuntutan yang spesifik tetapi sebagai platform Melayu yang bersatu menentang Bersih.

Share:

0 comments