Sneaky mobile redirects detected Hanif Idrus.com - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sneaky mobile redirects detected Hanif Idrus.com

Sneaky mobile redirects detected  Hanif Idrus.com
Contoh salah satu blog aku yang di kuarantin
Satu lagi masalah yang aku hadapi dalam dunia blog ini apabila Google baru-baru ini telah mengeluarkan satu lagi alogritma yang bernama Sneaky mobile redirects detected.

Penat aku nak melayan benda ini lagi. Sebab itu pageview aku menurun mendadak sebab semua artikel aku dalam Hanifidrus.com telah direject dalam enjin carian!!!

Mulalah aku terkial-kial mencari apa itu Sneaky mobile redirects detected . Sebenarnya Sneaky mobile redirects detected  satu kedaan apabila anda menggunakan smartphone untuk membuka artikel hanifidrus.com anda kan di redirect ke laman web lain.

Tetapi apabila anda membuka dalam desktop ia tidak di redirect ke laman web lain. Ia hanya berlaku pada pencariaan melalui smartphone.

Sebenarnya banyak sebab boleh berlaku dan yang aku faham ialah jika kita gunakan pengiklanan yang selalu suka buat redirect ke laman mereka dahulu sebelum singgah ke blog kita. Tapi aku dah buat benda ni lagi sebab ia akan menyusahkan pembaca dan merosakkan pageview aku.

Lalu aku terus buat penyelidikan dan aku mendapati aku mempunyai 2 URL berbeza dimana Google ingat aku menipu atau buat spam /redirect. Perkara ini berlaku apabila aku menukar domain aku dari blogspot ke .com. Salah faham berlaku dan ia dipanggil 302 error.

Untuk mengatsinya aku kena tukar 302 error ( move temporary) kepada 301 (move permenant). Inilah masalahnya kerana aku tak tahu nak buat macam mana..hahahahaha.

Ada caranya tapi kena buat manual iaitu dengan masukkan satu persatu artikel aku ubah kepada 301 redirect. Gila ker!! Sebab aku ada 6000 artikel dalam blog aku.

Entah ler aku pun tak tahu nak buat. Cuma sekarang aku hantar request review pada Google agar check kembali blog aku. Aku tak buat salah...!!!!!!


UPDATED: Sudah jumpa punca masalah --klik sini

Sneaky mobile redirects detected  Hanif Idrus.com









No comments: