Header Ads

Tanpa Enjin Carian, Blog Anda Tiada Gunanya



Dalam dunia blogging salah satu keinginan kita ialah mempunyai pembaca. Dan untuk mencapai pembaca atau pageview yang baik ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi apatah lagi untuk blogger baru.

Setiap artkel kamu harus melalui proses indek oleh enjin carian untuk tertera di mukasurat pertama. Ianya bukan mudah dan untuk blogger aku beri andaian 2 tahun untuk mematangkan blog anda.

Pada masa yang sama, anda harus mempunyai disiplin menerbitkan artikel agar lebih mudah blog anda diindeks.

Namun ia bukan melibatkan penerbitan artikel tetapi kemahiran asas dalam SEO seperti mencari internal link, external link, alt image, dofollow dan macam-macam lagi.

Selain itu usaha secara fizikal iaitu blogwalking stau join segmen oleh bloggger lain merupakan satu lagi cara yang harus kamu lakukkan untuk mendapatkan rakan dunia blogger serta pagejuice yang kamu inginkan.

Ketiga, jangan kena penalti dengan Google. Ini yang paling hampeh. Bila kena penalti, tak kira kau blogger lama, automatik pageview kau menurun secara mendadak.

Seperti yang berlaku pada aku, 2 bulan setiap hari pageview aku dalam anggaran 100-200 pageview sahaja. Ini semua gara-gara kena penalti dengan Google.

Selalulah periksa Google Search Console untuk melihat kesihatan blog anda. Baru minggu lepas blog aku dilepaskan, dan perlahan-lahan kini ia meningkat.

Bukan mudah untuk menjadi blogger kerana ia memerlukan tahap kesabaran dan teknik yang berterusan.

Selamat berblogging

No comments