UPSR 2016 Teruk Kerana KSSR? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

UPSR 2016 Teruk Kerana KSSR?


KEPUTUSAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pagi tadi mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A, keputusan ini dilihat satu penurunan yang agak ketara berbanding tahun lalu.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Dengan pencapaian UPSR tahun 2015 8.65% berbanding tahun ini 1.11% memang cukup besar perbezaaannya.

Tapi ia tidak boleh digunapakai kerana tahun ini kita menggunakan format baru iaitu KSSR.

Dan setahu aku format baru ini bukan semata-mata ilmu yang diperolehi dalam buku teks tetapi menerapkan pemahaman berfikir secara efektif.

Maksudnya anak-anak kita terpaksa mempunyai ilmu di luar sekolah atau isu-isu semasa jika ingin menjawab soalan yang diberikan.

Dan format tahun ini bahasa inggeris mempunyai penulisan dan pemahaman. Payah tu menulis dalam bahasa inggeris untuk budak tahun 6.

Manakala sains pecah kepada 2 kertas dan kedua-duanya dikira satu markah. Payah tu sebab untuk score kau mesti cemerlang kedua-dua paper.

Aku belum lagi mendapat maklumat jelas subjek mana yang mengalami penurunan teruk hingga menjejaskan pencapaian tahun ini.

Tapi aku dapat rasa kebanyakan pelajar yang mencapai 7A dan 1B dan B itu samada Sains atau bahasa inggeris.

UPSR bukannya ada apa-apa sangat pun, so ibubapa rileks ler.. Bukan anak kau sahaja tak score tapi lebih 400 ribu anak senasib dengan anda...hehehehe.

Aku pun ada anak belajar darjah 3 dan tingkatan satu, aku faham pelajaran sekarang memang susah. Kemahiran Berfikir memang dititikberatkan.

Anak-anak kita bukan sahaja perlu belajar dari buku-buku teks tetapi ilmu diluar melalui pembacaan seperti suratkhabar.

Aku pun pening tengok silibis budak-budak sekarang tetapi mahu tak mahu perubahan sistem pendidikan harus dilakukan seiring dengan perkembangan dunia dan teknologi.


No comments: