Waktu Terbaik Terbit Artikel Guna Google Analytic - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Waktu Terbaik Terbit Artikel Guna Google Analytic

Google Analytic


Waktu terbaik menerbitkan artikel adalah satu elemen yang penting dalam mendapatkan pageview segera atau omputih kata instant pageview.

Ya, Jika diterbitkan pada hari ini tak mungkin artikel kita akan tersenarai segera di enjin carian tetapi kita boleh mengambil kesempatan dengan mendapatkan pembaca di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus atau yang lain-lain.

Selain itu kita boleh mendapatkan pembaca melalui ping-ping blog yang kita lakukan samada secara automatik di Babab.net atau secara manual di Blogr sebagai contoh.  Terlalu banyak contoh ping blog yang boleh kita lakukan.

Tapi bilakah waktu yang sesuai untuk kita sharekan artikel kita ini pada laman sosial atau ping blog?
Kita tak ler tembak sahaja nak hantar artikel kita ikut sesuka hati kita.

Sebagai contoh , adakah wajar kita post blog pada waktu 3 pagi dan kemudian kita pingkan atau share artikel kita. Adakah yang akan membaca artikel anda ini. Sudah tentu tidak sebab ia waktu tidur...hehehehe.

Lalu bagaimana nak tahu waktu yang sesuai. Kita boleh gunakan Google Adsense yang mempunyai kategori yang dinamakan "user by time of days" seperti contoh diatas untuk hanifidrus.com melalui Google Analytic.

Contoh diatas adalah metrik yang menunjukkan pengguna yang paling banyak pada tarikh dan waktu 12 Nov hingga 25 Nov.

"user by time of days" mempunyai skala warna terang hingga gelap. Lagi gelap warna itu maka menandakan jumlah pembaca paling ramai spesifik di negara Malaysia sebab pembaca paling ramai untuk hanifidrus.com ialah di Malaysia.

Saya mengambil data untuk 6 hari sahaja, anda boleh periksa setiap minggu analisa yang dilakukan oleh Google Analytic.

Jika dilihat pengguna membuka internet untuk mencari maklumat ialah pada pukul 12.00 pagi. Ia menunjukkan konsisten sepanjang hari kecuali hari Khamis mengalami pengurangan. Terkejutkan sebab blog hanifidrus.com ramai pembaca pada waktu tengah malam. Tapi itulah realiti!!

Kemungkinan pembaca hanifidrus.com berumur remaja yang gemar membuka komputer pada waktu macam ini seperti pelajar kolej atau surirumah, Itupun boleh dilihat di Google Analytic. Seperti contoh dibawah!

Betul tak? Pembaca terbanyak ialh dari umur 18 - 34 tahun yang kit atahu malam-malam suka buka komputer...hehehehehe.  Dan kadar wanita dan lelaki hampir sama. Semua data saya dapat Google Analytic.

Google Analytic

Google Analytic


Kesimpulannya waktu terbaik aku ping blog dan share di laman sosial ialah waktu tengah malam...Gila ler.. atau opsyen lain pada pukul 2.00pm atau 4.00pm.

Saya harap anda faham bagaimana nak postkan blog anda waktu yang sesuai. Buka akaun Google Analystic dan kemudian tengok "user by time of days" dan untuk detailed klik kolum age, audience dan segalanya untuk mendapatkan haluan sebenar blog anda.


No comments: