Header Ads

Apabila Pemain Clash Royale Bergaduh

Permainan Clash Royale ada sesuatu ketika itu memang memberi tekanan. Tekanan paling pahit dan mendalam apabila point kau sikit lagi nak mencecah level seterusnya.

Katakan lagi 60 mata lagi nak pergi Arena 8 tiba-tiba pada hari tersebut dan masa tersebut kau asyik kalah ajer dan paling malang kau hampir nak jatuh Arena terbawah... pehhh.

Perasaan itu adalah perasaan terburuk sebagai pemain profesional Clash Royale. Terasa nak uninstall jer permainan ni. Konon-konon merajuk ler tu...hahahaha.

Kedua ialah bila pihak lawan yang lawan dengan kita asyik-asyik keluar emoji yang disediakan oleh Clash Royale. Orang nangis ler...orang ketawa ler. Panas hati kau melihatnya...tapi kalau kau menang tak per ler. Kau balas emoji tanpa henti..
Tapi kalau kalah itulah bermulanya tekanan perasaan. Dah ler kalah, si pihak lawan kutuk kau keluar emoji yang menyakitkan hati.

Rasa macam tempeleng jer si pihak lawan kalau jumpa dia..

Tekanan Clash Royale telah sampai kemuncaknya apabila clan sesama clan membuat perlawanan persahabatan bergaduh dalam talian...hahaha.

Ini yang paling kelakar, dah namanya perlawanan persahabatan tapi bila kalah kau naik meroyan marah-marah dalam kotak mesej clan.

Memang kelakar aku tengok chatting ini. Tapi pada masa yang sama aku melihat permainan ini sudah mula memberi tekanan kepada sesetengah pemain.

Aku rasa pada masa akan datang, ramai yang dapat sakit jantung atau darah tinggi sebab banyak sangat main game on line...ahaks.

Jom tengok kat bawah ini contoh chatting yang kelakau.


No comments