Azharina Juara Gegar Vaganza Musim 3 (GV 3) - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Azharina Juara Gegar Vaganza Musim 3 (GV 3)

Azharina  Juara  Gegar Vaganza Musim 3
Penyanyi Azharina dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim ketiga (GV 3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam ini.

Azharina berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Tempat kedua pula, dimenangi oleh Siti Sarah yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Zarul di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.

Siti Sarah juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton yang juga menerima wang tunai RM5,000.

Sementara tempat keempat di menangi oleh Ameng (RM15,000) , tempat kelima dimenangi Intan Sarafina (RM10,000) dan tempat akhir dimenangi Gmie Screen (RM5,000).

Azharina adalah juara ketiga selepas Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara dua musim terdahulu.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Azharina  Juara  Gegar Vaganza Musim 3

No comments: