Bila Anak Tag Ayah Di FB - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bila Anak Tag Ayah Di FB


Lemas...itu yang boleh aku katakan. Untuk pengetahuan anak aku ni baru umur 10 tahun.

Tahu sahaja ler budak- budak ini kalau mengetag, gambar dia sama kaean-kawan dan ada ler selit sikit muka aku...hehehe.

Tapi ia merosakkan wall paper aku ajer sebab sekali ia mula menggatal mengetag bukan satu gambar tapi punya ler banyak gambar. Penuh wall aku depan muka anak aku si Haziq Hanif.

Paling lemas gambar yang ditag kurang cantik pula. Bergegar sana sini. As a fotografi malu ler aku...hahahaha.

Ini salah aku juga sebab aku yang buatkan facebook untuk dia. Mama dia dari mula aku buatkan FB dah membebel.

Buat apa buat FB untuk budak-budak bawah umur ini. Apa yang mereka tahu. Tapi aku buatkan sebab kasihan tengok dia terkulat-kulat tengok kakak dia main FB tapi dia tak der.

At least boleh ler dia main FB dengan rakan-rakannya. Itu tujuan asal aku buatkan FB anak aku. Tapi atas keghairahan Haziq Hanif ini yang baru dapat FB, semua orang dia tag. Paling teruk mak sedara dia ler...sampai mengamuk mak sedara dia..hihihi.

Aku tak mengamuk tapi aku hiddenkan jer gambar yang dia tag. Tak tahu nak marah ker tidak. Sebab niat dia tag gambar kat aku ialah gambar family dan dia sama rakan-rakan. Sebab tu dia tag kat aku.

Niat yang baik tapi cara yang salah...hahahaha. Niat baik sebab nak sharing dengan abah kesayangan dan hensem dia. Tapi dia lupa, sekali kau tag kat abah, semua rakan abah dapat tengok.

Bayangkan betapa penat mereka nak like gambar yang kau tag abah!!! Belum lagi cerita wall abah penuh dengan muka gedik kau...

Biarlah budak-budak, marah pun kau juga yang salah. Kalau aku marah, inilah peluang untuk isteri aku pulangkan buah keras. Mahu krem muka kau kena sembur. Kang isteri aku dah kata jangan buatkan FB untuk anak aku....

Lebih baik mendiamkan diri. Itulah teknik terbaik. Baik untuk psikologi anak aku dan baik untuk aku. Dari mendengar leteran drama Korea bini aku..hehehehe.

No comments: