Header Ads

Bila Perempuan Jual Ubat Kuat Lelaki

Bila Perempuan Jual Ubat Kuat Lelaki
Tadi masa belek-belek FB ternampak awek FB telah membuat satu group khas yang bernama Ubat Kuat Lelaki.

Lalu aku godek jap kat FB dia. Tengah tak der kerja ini, kat FB pun macam-macam dia jual dan tak lupa ada jual ubat kuat lelaki...hehehe.

Untuk pengetahuan aku bukan pembeli atau pengguna ubat kuat lelaki cuma tergerak dan tertanya kenapa pompuan ini sibuk nak menjual alat-alat dan pil-pil seksual lelaki. Apa kejadahnya?

Kelakau rasanya apabila ada pompuan yang menjaja kekuatan ubat lelaki yang tahan lama serta ayat-ayat seksual untuk lelaki.

Bagus adik oiii...untuk meniaga kalau boleh apa sahaja produk kita boleh jual, kita jual.
Tapi agak-agak ler, takkan benda ini pun kau nak jual.

Bayangkan kalau orang pm kau tanya berapa lama tahan dan boleh membesar ker..hehehe. Macam mana kau nak jawab.

Atau dia orang macam mana nak guna pump? Kau rasa kau mampu jawab ker..

Andaikata kau boleh jawab, takkan tak der perasaan malu kau nak jawab soalan dari lelaki asing ini.

Belum lagi dikira lelaki-lelaki gatal yang tanya macam-macam kat kau nanti. Dalam kepala dia orang kalau pompuan jual ubat kuat lelaki mesti power seks punya...hahahaha.

Kalau aku suami kau, dah lama aku membebel apasal kau nak jual ubat kuat lelaki padahal banyak lagi produk yang kau boleh jual.

Mungkin ramai tak setuju dengan pendapat aku ni. Dalam zaman moden ini semua orang berpandangan terbuka so apa salahnya menjual produk sebegini oleh kaum hawa.

Mungkin mereka akan mengatakan anda sebagai pemecah benteng yang berani menjual produk sebegini. Anda seorang yang berani!!!!

Poodah!!!! Mengarut ajer. Anda boleh katakan aku sebagai lelaki ortodok kerana menkritik wanita yang menjual produk ubat kuat lelaki.

Anda boleh mengatakan bahawa aku terbelakang zaman.

Tapi fikirlah, impak negatif dan positif apabila anda menjual produk ubat kuat lelaki oleh seorang wanita.

Jangan terlalu ghairah nak cari duit hingga jatuhkan taraf kita apatah lagi seorang wanita yang bergelumang dengan produk seks lelaki.

Lelaki luar sana pasti akan membeli produk ubat kuat lelaki yang dijual wanita ni sebab pompuan jual lerrrr. Boleh layan pompuan macam ni sebab open minded untuk tanya tentang seks. Best layan pompuan macam ni tapi rasa hormat mereka pada pompuan open minded sebegini tak der langsung.

Sekadar bertanya produk ubat kuat lelaki dan selit soalan seks. Seronoknya ada pompuan nak melayan....

Sebelum anda mengutuk aku, apa perasaan kau jika isteri atau adik pompuan kau jual produk sebegini.

Tanya diri anda jika anda membaca komen dari lelaki yang ingin membeli produk ini bertanya soalan rahsia seks lelaki pada isteri atau adik perempuan anda.

Jika anda seorang lelaki, tanya diri anda. Apa pandangan kau terhadap pompuan yang menjual ubat kuat lelaki?

No comments