Hanif Idrus Azam 2017 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Azam 2017


Tak lama lagi 2017 akan menjelma dan seperti biasa setiap kali perubahan tahun pasti kita akan susurkan dengan azam kita.

Biasanya azam 2017 bergantung pada azam 2016 yang tidak terlaksana. Atau ianya hanya ikutan budaya semata-mata.

Dalam tahun 2016 sebenarnya aku dah tak der azam pun...hahahha. Umur dah masuk 40an apa nak azam-azam lagi.

Azam pada umur 40an ini macam rutin biasa, kerja kuat-kuat dan jaga anak-anak. Sayangi isteri. Cintai ibubapa kita. Ada duit lebih releasekan tension jap. Dan berusaha menjadi menjadi manusia yang lebih baik, kurangkan buat dosa-dosa ini. Peringkat umur matang ini, sepatutnya dah kenal mana dosa dan pahala...hehehehe.

Cuma perbezaan tahun 2016 ini, cara aku melayan stress iaitu pergi melancong ke luar negeri. Buat masa sekarang kat Indonesia. Sepanjang tahun 2016 aku dah pergi ke Jogjakarta dan Lombok Indonesia.

Buat pertama kali setelah kahwin 13 tahun, baru ler tahun ini aku dan wife aku berjalan berduaan ke Lombok Indonesia ala-ala honeymoon gitu..hehehe. Geli dengau ayat tu..

Perjalanan hidup aku sepanjang 2016 ini tiada beza yang amat ketara cuma aku bersyukur kepada illahi memberi rezeki yang lebih mencukupi hingga aku boleh melancong. Syukur alhamdulilah..

Diberikan kesihatan yang baik cuma pada malam raya 2016, lutut aku mencium tanah hingga luka yang berat. Tapi syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan..

Diberikan keluarga yang penyayang dan tiada isu-isu serius dalam keluarga..amin.

Inilah Hanif Idrus, takder azam-azam..happy go lucky. Bantai jer....hahahaha

posted from Bloggeroid

No comments: